Blogger Backgrounds

Khamis, 2 Februari 2012

Khemah Mukmin

Bagi setiap musafir itu khemah, maka khemah bagi setiap orang mukmin adalah akal. Kata Ibn abbas r.a; Bermula kepala dan teraju kepada akal yang baik itu 3 perkara;

  1. Memaafkan akan kesalahan manusia kepadanya
  2. Merendahkan diri kepada orang yang lebih rendah martabat daripadanya
  3. Bercakap sebentar/ sedikit, kemudia akan diam (banyak diam daripada bercakap)
kepala dan teraju bebal pula ada 3 perkara
  1. Membesarkan diri sendiri
  2. Banyak berbual
  3. Memburukkan manusia yang melakukan kejahatan sedangkan dia pun melakukannya

RENUNGAN DAN INGATAN

Sabda rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang redha dengan Allah daripada rezeki yang sedikit, nescaya Allah redha dengan amalannya yang sedikit.

Sabdanya lagi:

  • Bermula orang yang alim yang tidak beramal itu adalah seumpama mendung yang tiada hujan. 
  • Orang kaya yang tidak pemurah adalah laksana pohon yang tidak berbuah
  • Orang papa yang tidak sabar adalah ibarat sungai yang tidak berair.
  • Raja yang tidak adil umpama kambing yang tiada pengembalanya.
  • Orang muda yang tidak bertaubat, umpama rumah yang tidak beratap
  • Perempuan yang tiada malu, umpama makanan yang tidak bergaram
Rasulullah bersabda lagi; Menuntut 5 perkara yang mustahil boleh didapati
  1. Menuntut pengajaran daripada seteru/ musuh itu mustahil
  2. Menuntut khidmat dari orang jahil itu mustahil
  3. Menuntut syurga tanpa beramal itu adalah mustahil
  4. Menuntut kesempurnaan dari perempuan itu juga adalah mustahil
  5. Syurga untuk orang yang berbuat ketaatan dan neraka itu untuk orang yang melakukan maksiat
Sahl as.Tusturi r.a berkata: berhimpun segala kebajikan itu dalam empat perkara;
  1. Melaparkan perut
  2. Diam dari berkata-kata yang tidak mendatangkan apa-apa faedah akhirat.
  3. Menjauhkan diri daripada manusia
  4. Berjaga waktu malam kerana beribadat kepada Allah.

Pesanan Rasulullah Terhadap Umatnya

  • Bnyakkan mengingati Allah daripada mengingati sesama manusia
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
  • Banyakkan menyebut kejahatan daripada menyebut kebikan
  • Banyakkan menyebut mati daripada menyebut hidup
  • Banyakkan olehmu menyebutkan keaiban diri sendiri daripada menyebut keaiaban orang lain
Sabda Rasulullah s.a.w, Akan datang satu masa nanti umatku mengasihi mereka kerana 5 perkara dan mereka lupa akan 5 perkara yang lain;
  1. Mereka mengasihi hidup dan lupa akan mati
  2. Kasih mereka akan harta benda dan lupa mereka akan perhitungan dan hisab Allah
  3. Kasih mereka terhadap mahligai dan rumah besr dan cantik, sedangkan mereka lupa akan tanah kubur yang sempit dan gelap
  4. Kasih mereka terhadap dunia dan lupa mereka terhadap akhirat
  5. Kasih mereka terhadap makhluk dan lupa mereka terhadap Allah
Firman Allah dalam Hadis Qudsi; Enam perkara daripada AKU dan Enam perkara daripada makhluk (jin dan manusia)
  1. Syurga daripada AKU dan ketaatan daripada kamu
  2. Ketuhanan daripada AKU dan perhambaan daripada kamu
  3. Perkenan daripada AKU dn permintaan daripada kamu
  4. Bala daripada AKU dan kesabaran daripada kamu
  5. Rezeki daripada AKU dan syukur daripada kamu
  6. Keampunan daripada AKU dan taubat daripada kamu

8 Kalimat Terbaik

Kata Luqman al-Hakim

  1. Apabila Engkau berada dalam solat, maka jagalah HATIMU
  2. Apabila engkau berada di rumah orang, maka jagalah PANDANGANMU
  3. Apabila Engkau berada di kalangan manusia, maka jagalah LIDAHMU
  4. Apabila Engkau berhadapan dengan makanan dan minuman, maka jagalah PERANGAIMU
  5. INGAT olehmu Dua perkara iaitu Ingat Akan Tuhanmu dan Matimu
  6. LUPA olehmu Dua perkara; iaitu lupakan kebaikan engkau terhadap orang lain dan lupakan kejahatan orang pada dirimu.