Blogger Backgrounds

Rabu, 28 November 2012

LIABILITI DALAM HARTA PUSAKA



1. Menguruskan jenazah

Apabila seseorang muslim meninggal dunia, perkara yang pertama sekali yang perlu dilaksanakan dengan segera ialah menguruskan jenazahnya. Kos pengurusan jenazah iaitu bermula daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan hingga menguburkannya, semuanya itu dibayar dengan harta si mati.

Perbelanjaan pengurusan jenazah itu termasuklah kos membeli kain kafan dan perkakas yang berkaitan dengannya seperti kapur, kayu gaharu, kapas dan sebagainya.Sementara bagi upah memandikan, mengusungkan dan menggali kubur diberikan kepada mereka yang mahu diberikan upah. Adapun mereka yang tidak mahu menerima upah maka tidak boleh diberikan kepada mereka hadiah atau sedekah dengan menggunakan harta si mati.
  
2. Melangsaikan segala hutang si mati

Baki harta setelah dibayar kos pengurusan jenazah digunakan untuk melunaskan hutang si mati jika dia mempunyai hutang. (Surah al-Nisa' : 11) 

Isnin, 26 November 2012

CARA MENGENDALIKAN PUSAKA




Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah melalui 3 kaedah
  1. Meneliti Golongan Waris Ashabul Furudh
  2. Mengenal pasti golongan waris yang Mahjub (terhalang mendapat pusaka)
  3. Mengenal pasti golongan waris Asobah

1. Ashabul-Furud

                Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Selasa, 20 November 2012

QAWAID FIQHIYAH



Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
  
1.0 PENDAHULUAN

Syariat Islam tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka..
            Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna.

            Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallafadalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.

2.0 DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR)المشقة تجلب التيسير( (KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan Manakala dari sudut istilah pula masyaqqahdigunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya.
           
            Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Bahkan, ia selaras dengan kaedah dengan lafaz kaedah :
(إن  كل مأمور يشق على العباد فعله سقط الأمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه سقط النهي عن

Maksudnya :
“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau  manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran.


KAHWIN LARI





 DEFINISI PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN (KAHWIN LARI)

Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari bermaksud perkahwinan yang biasanya diakadkan oleh wali Hakim di negeri lain dan tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam serta perkahwinan ini tidak direstui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini juga tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim yang berkenaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kahwin lari didefinisikan sebagai perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui keluarga.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut:

a)Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b)Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.

PROSEDUR PERKAHWINAN


Di Malaysia, prosedur perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosedur perkahwinan dalam negeri dan prosedur perkahwinan di luar negeri. Seksyen 16 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, menjelaskan bahawa “apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah masjid dimana pihak perempuan itu bermastautin”.

 Sebelum prosedur ini diikuti (bagi perkahwinan biasa dalam negeri), bakal pengantin diwajibkan mengikuti kursus pra perkahwinan Islam yang dikenali sebagai Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Ketetapan ini telah dilaksanakan di atas persetujuan Majlis Persidangan Ketua-ketua Jabatan Agama Islam bagi setiap negeri supaya kursus perkahwinan diselaraskan dengan melaksanakan modul untuk semua bakal pengantin.

Kursus perkawinan ini telah dilaksanakan bermula tahun 1994. Kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan bakal pengantin mempunyai asas agama dan ilmu yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan alam rumahtangga. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dan para peserta akan diberikan sijil dan akan dilampirkan bersama-sama dengan borong permohonan perkahwinan masing-masing.