Blogger Backgrounds

Sabtu, 4 Mei 2013

PENGURUSAN JENAZAH

Maksud Jenazah        : Berasal daripada kalimah arab yang memberi maksud " tertutup atau terlindung".

Pengertian Jenzah sebagai sutau benda yang tertutup / terlindungadalah jelas apabila para ulamak mengatakan bahawa mayat tidak akan dinamakan jenazah selagi belum dikafankan.  Apabila ianya dikafankan dan dimasukkan ke dalam keranda atau usungan mayat tersebut akan dipanggil sebagai jenazah.


Sejarah Kematian dan Pengurusan Jenazah

Kematian pertama sejarah manusia adalah kematian Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.  Allah telah mengajar Qabil cara-cara menguruskan jenazah dengan cara mengutuskan dua ekor gagak yang bertarung sesama sendiri dan mati, lalu menanam bangkai gagak yang mati di hadapan Qabil.  Dari situ, Qabil telah meniru aksi gagak tersebut dengan cara menggali lubang dan mengebumikan mayat saudaranya "Habil".  Kubur Habil adalah kubur pertama dalam sejarah manusia.

Apabila Nabi Adam wafat, para Malaikat telah memandi, mengafan, menyembahyang dan mengebumikannya sambil diperhatikan oleh anak Adam a.s.  Setelah segalanya selesai, para Malaikattelah berkata kepada anak2 Nabi Adam a.s :" Wahai anak Adam. ini (semua) adalah merupakan peraturan (sunat) bagi kamu (laksankannnya) terhadap orang yang mati di kalangan kamu. Maka lakukanlah sedemikian terhadap orang-orang mati di kalangan akamu" (Hadis Sohih)

Berasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa pengurusan jenazah, mandi, kafan, semabhyang dan amengebumikannya adalah merupakan syariat atau peraturan yang telah lama wujud dan disyariatkan oleh Allah bermaula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammmad SAW dan berterusan sehingga ke zaman ini.

Hukum Pengurusan Jenazah

Ianya adalah Fardhu Kifayah bagi umat Islam, dan pengurusannya perlu disegerakan kerana baginda Rasulullah SAW telah bersabda :  "Janganlah kamu tangguhkan pengurusan) jenazah apabila tiba (kematian) Riwayat Ibn Majah.

Syarat Oengurusan Jenazah

  1. Mayat yang Islam, kecuali mayat orang kafir zimmi.  Menurut satu pendapat (terkuat), perlu dikafan dan ditanam.
  2. Yakin benar-benar telah mati
  3. Ada anggota badannya walaupun sedikit sahaja
  4. Bukan mayat mereka yang mati syahid (Tidak wajib dimandi dan disembahyangkan)

Pengurusan Jenazah Sejurus Kematiannya

Perkara yang Sunat dilakukan;
  • Memejamkan mata simati dengan cara mengurut kelopak matanya dari atas ke bawah
  • Mengikat dagu simati dengan kain dan disimpulkan dikepalanya agar mulut tidak terbuka dan ternganga
  • Mewlembutkan segala sendi dan perlipatan
  • Menangalkan pakaian yang dipakainya sebelum mati
  • Menutup dengan kain
  • Meletakkan sesuatu yang berat di atas perut simati dengan kadar yang tidak menyakitkan jika diletak atas perut orang yang hidup.  Elak dario dimasuki angin dan tidak mudah kembung
Mengucup mayat simati adalah HARUS terutamanya mayat ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan orang-orang alim.  Selain itu hukumnya adalah MAKRUH