Blogger Backgrounds

Jumaat, 8 Mac 2013

Ayat 170 Surah al-Baqarah


Mafhum ayat :
 " Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah." Mereka menjawab: Tidak, bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek moyang kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekali[pun neneknya itu tidak faham sesuatu (apa agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)?

Sebab Nuzul Ayat:

Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini diturunkan berkaitan ajakan Rasulullah S.A.W kepada kaum Yahudi Laknatullah untuk memeluk Islam serta memberikan khabar gembira dan memberi peringatan kepada mereka tentang seksaan Allah dan azabNYA.  Tetapi Rafi' bin Huraimallah dan Malik bin Auf dari kaum Yahudi menjawab ajakan ini dengan berkata : Hai Muhammad, kami akan mengikuti jejak langkah nenek moyang kami kerna mereka lebih baik dan lebih pintar daripada kami".

Penurunan ayat ini adalah sebagai memberi teguran kepada orang-orang yang hanya mengikut jejak langkah nenek moyangnya.