Blogger Backgrounds

Selasa, 27 Mei 2014

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU SERTA KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU

Kelebihan Menuntut Ilmu

Anatara kelebihan menuntut ilmu sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis nabi antaranya;

  1. Dipermudahkan oleh Allah kepadanya jalan ke syuragNya
  2. Dinaungi oleh para Malaikat dan semua makhluk Allah memohon keampunan baginya 
  3. Dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai kebaikan terhadap penuntut ilmu.
  4. Ilmu itu akan menjadi menemaninya  dan menjadi amalan yang berterusan selepas kematian/
  5. Menuntut ilmu dikira sebagai suatu ibadat, sedekah dan merupakan jihad di jalan Allah.
  6. Diumpamakan seperti orang yang berjuang di jalan Allah.

Kelebihan Orang Yang Berilmu

Kelebihan orang yang berilmu pula adalah;
  1. Mampu menguasa dan memahami sesuatu serta dikurniakan dengan kelebihan dan mampu menyelesaikan sesuatu masalah berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
  2. Mampu berfikir, mengkaji dan meneliti sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan dan tidak terburu-buru


HIKMAT PENGHARAMAN KHINZIR (BABI)

Babi merupakan sejenis binatang/ haiwan ciptaan Allah yang cukup besar FITNAHnya ke atas Umat Islam. Segala sesuatu yang ada kaitan dengannya adalah haram bagi Umat Islam.  Disebabkan kenaifan dan kejahilan Umat Islam tentangnya, menyebabkan umat Islam secara tanpa disedari terlibat dengan najis tersebut. 

 Memang cukup halus, terancang dan tersusun agenda musuh-musuh Islam bergerak untuk menghancur dan mengkucar kacirkan aqidah dan kesucian ruh Islam dalam diri Umat Islam, sehinggakan dalam soal makan minum dan keperluan harian, najis ini diserapkan dalam salur darah umat Islam tanpa disedarinya.

Al-Quran jelas menerangkan tentang pengharaman makhluk ini disebabkan kemudharatan yang didatangkannya.  Mutaakhir ini, telah terdapat kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang binatang yang satu ini. .dan hasil penemuan kajian tersebut adalah selari dengan penjelasan al-Quran. Antara hikmat kenapa Allah mengharamkan Umat Islam daripada memakannya adalah sebagaimana berikut;
  1. Daging babi sukar dibersihkan walaupun mati dengan cara disembelih dan menggunakan suhu yang tinggi.
  2. Daging babi yang mengandungi cacing pita, bukan sekadar membawa penyakit, bahkan ianya menyebabkan peningkatan kolestrol dan memperlambatkan proses penguraian protein di dalam tubuh manusia.
  3. Memakan daging babi mendedahkan manusia kepada pelbagai penyakit seperti kanser usu, iritasi kulit dan juga penyakit sendi dan tulang.
  4. Pengharaman daging babi dan hasil produknya tidak hanya terdapat dalam Kitab al-Quran, tetapi ianya telah dinyatakan dalam Kitab-kitab terdahulu seperti Injil dan sebaginya.
  5. Virus yang terdapat dalam daging babi boleh membawa maut dan telah membunuh berjuta umat manusia di seluruh dunia.
  6. Saintis Australia menyatakan, penemuan virus baharu yang menjangkiti babi dan menyerang manusia amat berbahaya kepada sistem imunisasi atau pertahanan tubuh badan manusia.  Individu yang dijangkitinya akan merana dan menderita sebelum meninggal dunia.
Cukup besar rahsia disebalik larangan Allah terhadap makhluk ini.  DiciptakanNYA dalam keadaan yang cukup hodoh dan menjijikkan, namun cukup besar kesannya terhadap umat terakhir ini.  Oleh itu, kita sebagai Umat Islam, apa tanggungjawab kita dalam menanggani isu berkaitan halal haram. Cukupkah hanya dengan sekadar menyaman syarikat pengeluar dan memboikot produk yang dikeluarkannya.  Agak SUKAR,,,,,,,,kerana Umat Islam terutamanya orang-orang Melayu di negara ini yang merupakan pengguna terbesar produk-produk yang dikeluarkan oleh musuh-musuh Islam ini  hanya sekadar melatah setiap kali sesuatu isu dibangkitkan.  Selepas itu........., SENYAP dan PASRAH, kerana kita adalah PENGGUNA bukan PENGELUAR