DEFINISI PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN (KAHWIN LARI)
Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari bermaksud perkahwinan yang biasanya diakadkan oleh wali Hakim di negeri lain dan tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam serta perkahwinan ini tidak direstui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini juga tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim yang berkenaan.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, kahwin lari didefinisikan sebagai perkahwinan
(pernikahan) pasangan lelaki dan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan
di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui keluarga.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut:
a)Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b)Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.
PROSEDUR PERKAHWINAN
Di Malaysia, prosedur perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosedur perkahwinan dalam negeri dan prosedur perkahwinan di luar negeri. Seksyen 16 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, menjelaskan bahawa “apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah masjid dimana pihak perempuan itu bermastautin”.

Sebelum prosedur ini diikuti (bagi perkahwinan
biasa dalam negeri), bakal pengantin diwajibkan mengikuti kursus pra
perkahwinan Islam yang dikenali sebagai Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan
Islam. Ketetapan ini telah dilaksanakan di atas persetujuan Majlis Persidangan
Ketua-ketua Jabatan Agama Islam bagi setiap negeri supaya kursus perkahwinan
diselaraskan dengan melaksanakan modul untuk semua bakal pengantin.
Kursus perkawinan ini telah dilaksanakan bermula tahun 1994. Kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan bakal pengantin mempunyai asas agama dan ilmu yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan alam rumahtangga. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dan para peserta akan diberikan sijil dan akan dilampirkan bersama-sama dengan borong permohonan perkahwinan masing-masing.