Blogger Backgrounds

Khamis, 2 Februari 2012

Khemah Mukmin

Bagi setiap musafir itu khemah, maka khemah bagi setiap orang mukmin adalah akal. Kata Ibn abbas r.a; Bermula kepala dan teraju kepada akal yang baik itu 3 perkara;

  1. Memaafkan akan kesalahan manusia kepadanya
  2. Merendahkan diri kepada orang yang lebih rendah martabat daripadanya
  3. Bercakap sebentar/ sedikit, kemudia akan diam (banyak diam daripada bercakap)
kepala dan teraju bebal pula ada 3 perkara
  1. Membesarkan diri sendiri
  2. Banyak berbual
  3. Memburukkan manusia yang melakukan kejahatan sedangkan dia pun melakukannya

RENUNGAN DAN INGATAN

Sabda rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang redha dengan Allah daripada rezeki yang sedikit, nescaya Allah redha dengan amalannya yang sedikit.

Sabdanya lagi:

  • Bermula orang yang alim yang tidak beramal itu adalah seumpama mendung yang tiada hujan. 
  • Orang kaya yang tidak pemurah adalah laksana pohon yang tidak berbuah
  • Orang papa yang tidak sabar adalah ibarat sungai yang tidak berair.
  • Raja yang tidak adil umpama kambing yang tiada pengembalanya.
  • Orang muda yang tidak bertaubat, umpama rumah yang tidak beratap
  • Perempuan yang tiada malu, umpama makanan yang tidak bergaram
Rasulullah bersabda lagi; Menuntut 5 perkara yang mustahil boleh didapati
  1. Menuntut pengajaran daripada seteru/ musuh itu mustahil
  2. Menuntut khidmat dari orang jahil itu mustahil
  3. Menuntut syurga tanpa beramal itu adalah mustahil
  4. Menuntut kesempurnaan dari perempuan itu juga adalah mustahil
  5. Syurga untuk orang yang berbuat ketaatan dan neraka itu untuk orang yang melakukan maksiat
Sahl as.Tusturi r.a berkata: berhimpun segala kebajikan itu dalam empat perkara;
  1. Melaparkan perut
  2. Diam dari berkata-kata yang tidak mendatangkan apa-apa faedah akhirat.
  3. Menjauhkan diri daripada manusia
  4. Berjaga waktu malam kerana beribadat kepada Allah.

Pesanan Rasulullah Terhadap Umatnya

  • Bnyakkan mengingati Allah daripada mengingati sesama manusia
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
  • Banyakkan menyebut kejahatan daripada menyebut kebikan
  • Banyakkan menyebut mati daripada menyebut hidup
  • Banyakkan olehmu menyebutkan keaiban diri sendiri daripada menyebut keaiaban orang lain
Sabda Rasulullah s.a.w, Akan datang satu masa nanti umatku mengasihi mereka kerana 5 perkara dan mereka lupa akan 5 perkara yang lain;
  1. Mereka mengasihi hidup dan lupa akan mati
  2. Kasih mereka akan harta benda dan lupa mereka akan perhitungan dan hisab Allah
  3. Kasih mereka terhadap mahligai dan rumah besr dan cantik, sedangkan mereka lupa akan tanah kubur yang sempit dan gelap
  4. Kasih mereka terhadap dunia dan lupa mereka terhadap akhirat
  5. Kasih mereka terhadap makhluk dan lupa mereka terhadap Allah
Firman Allah dalam Hadis Qudsi; Enam perkara daripada AKU dan Enam perkara daripada makhluk (jin dan manusia)
  1. Syurga daripada AKU dan ketaatan daripada kamu
  2. Ketuhanan daripada AKU dan perhambaan daripada kamu
  3. Perkenan daripada AKU dn permintaan daripada kamu
  4. Bala daripada AKU dan kesabaran daripada kamu
  5. Rezeki daripada AKU dan syukur daripada kamu
  6. Keampunan daripada AKU dan taubat daripada kamu

8 Kalimat Terbaik

Kata Luqman al-Hakim

  1. Apabila Engkau berada dalam solat, maka jagalah HATIMU
  2. Apabila engkau berada di rumah orang, maka jagalah PANDANGANMU
  3. Apabila Engkau berada di kalangan manusia, maka jagalah LIDAHMU
  4. Apabila Engkau berhadapan dengan makanan dan minuman, maka jagalah PERANGAIMU
  5. INGAT olehmu Dua perkara iaitu Ingat Akan Tuhanmu dan Matimu
  6. LUPA olehmu Dua perkara; iaitu lupakan kebaikan engkau terhadap orang lain dan lupakan kejahatan orang pada dirimu.

Selasa, 31 Januari 2012

Al-Mahkum Fihi

Maksud: Perbuatan mukallaf yang berhubung dengan hukum-hukum syarak samada secara tuntutan (wajib buat/
              tinggal) pilihan atau sebab kepada yang lain.

         ** Al-Mahkum Fihi dalam Hukum Taklifi ialah perbuatan yang mampu/ boleh dikerjakan atau ditinggalkan
              oleh setiap mukallaf
         ** Al-Mahkum Fihi dalam Hukum Wad'ie ialah hukum itu sendiri dan akan kembali kepada mukallaf itu sendiri samada boleh dikerjakan atau tidak.
Con: Nampak anak bulan ramadhan, merupakan sebab wajib puasa. (Puasa perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf)

Syarat-syarat al-Mahkum Fihi
  1. Mengetahui secara jelas perbuatan yng ditaklifkan dan mampu mengerjakannya. 
  2. Mengetahui perintah Allah supaya mngerjakan perbuatan tersebut
  3. Perbuatan yang ditaklifkan itu mampu dikerjakan atau ditinggakan oleh mukallaf berdasarkan syarat

          i.  Tidak ditaklifkan dengan perkara yang mustahil dilakukan seperti duduk dan bangun dalam satu
              masa
          ii. Tidak ditaklifkan dengan sesuatu perkara yang diluar kemampuan manusia atau di luar kemampuan
              manusia @ mentaklifkan seseorang dengan perkara yang berkaitan dengan perasaan dan kejiwaan

Pembahagian al-Mahkum Fihi Mengikut Hanafiyah

  1. Hak-hak Allah : Perkara yang berhubung dengan kemanfaatan umum dan berhubung teus kepada Allah seperti ibadat-ibadat khusus (beriman kepada Allah) dan ibadat yang dikerjakan dalam bentuk cukai seperti sedekah, kharaj, denda(kafarah)
  2.  Hak-hak Hamba : Kemaslahatan atau keistimewaan khusus untuk individu seperti hak untuk memiliki harta, memiliki barang, membelanjakan harta dan sebagainya.
  3. Gabungan dua Hak, tetapi hak Allah diutamakan melebihi hak hamba : Perkara yang berkiatan dengan had qazaf. (Hak hamba untuk membersihkan keaibannya, manakala hak Allah dalam soal ini adalah berkaitan dengan hukuman yang tidak akan gugur walaupun dimaafkan oleh orang yang kena tuduh)
  4. Gabungan 2 hak, tetapi hak hamba diutamakan:  Contohnya dalam persoalan qisas

Isnin, 30 Januari 2012

AS- SARFU

Maksud: Jual beli matawang atau tukar menukar matawang
              Matawang Asal/ Semulajadi : Emas (dinar) dan perak (dirham)

Istilah  : Matawang yang diperbuat daripada logam (selain emas dan perak) dan juga matawang kertas dan
            digunakan secara berleluasa dan terkenal masa kini.

Hukum Pertukaran Matawang;: 

1. Matawang emas dan perak (barang ribawi) perlu kepada syarat-syarat tertentu untuk mengelak daripada berlakunya riba yang diharamkan oleh syarak.
Sepakat Ulamak :Pertukaran matawang ini perlu sama timbangan dan serah menyerah dalam satu majlis samada matawang itu diterbitkan oleh negara yang sama atau berlainan negara.
                            : Jual beli dan penyerahan yang dilakukan di luar majlis aqad, hukumnya tidak sah dan termasuk dalam Riba an-Nasiah/ al-Yadu dan diharamkan oleh syarak


Sepakat Ulamak : Pertukaran dan jual beli emas dan perak samada matawang, barang kemas atau bungah adalah HARUS walaupun tidak sama timbangannya dengan syarat berlaku penyerahannya dalam satu majlis aqad 


Pandangan Ulamak Mengenai tempoh Masa Penyerahan;


i. Shafi'e dan Hanafi
            Selagi keduanya masih berada dalam majlis aqad
ii.Maliki
           Serah menyerah secara serentak sebaik sahaja selesai lafaz ijab dan qabul
           Tidak sah jika berlaku kelewatan serah menyerah oleh sebelah pihak


2. Matawang Selain Emas dan Perak
Khilaf Ulamak;
i.  Mazhab Maliki: Semua matawang adalah sama sahaja hukumnya dengan pertukaran matawang emas dan perak (terlibat dengan barangan ribawi)

ii. Maz. Syafi'ie, Hanafi dan Hambali: Tidak tergolong dalam barang ribawi dan tidak disyaratkan berlaku serah menyerah secara serentak dalam satu masa dalam urusan pertukaran atau jual beli matawang

Pertukaran Matawang/ Jualbeli matawang adalah diharuskan hukumnya dengan syarat

  • Matawang emas dengan emas mestilah sama berat atau sama timbangan dan berlaku penyerahan dalam satu masa.
  • Matawang emas dengan perak hanya disyaratkan berlaku serah menyerah dalam satu masa walaupun tidak sama timbangan/ sukatannya.
  • Pertukaran matawang tempatan tidak boleh dilakukan tanpa terdapat persamaan harga, tetapi matawang tempatan dengan matawang asing (tidak sama harga) harus dilakukan secara berlebih  kurang
  • Perjanjian menjual atau membeli matawang asing dengan matawang tempatan dengan harga yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak adalah diharuskan.

Contoh Soalan Peruncingan Syariah 2012

1  (a) Jelaskan konsep mudharabah dari sudut takrif, hukum serta hikmat pensyariatannya menurut Islam (10m)
    (b) Jelaskan etika- etika yang perlu ada pada mudharib dalam kontrak mudharabah (10m)

2. (a)" Zina adalah satu punca kepada keruntuhan sesebuah bangsa".Berdasarkan kepada kenyataan     ini,jelaskan maksud zina serta implikasinya terhadap organisasi sosial dan kekeluargaan menurut Islam (12m)
    (b) Berdasarkan dalil, terangkan bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelaku zina menurut
          sistem perundangan Islam  (8m),

3 (a) As-Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam. Berdasarkan takrif , jelaskan pembahagian
        Sunah beserta contohnya, (10 m)
   (b) Terdapat pandangan yang menolak sunnah sebagai sumber hukum. Jelaskan pandangan mereka serta
        hujah para ulamak bagi menjawab hujah-hujah nereka, (10m)

4 (a) Jelaskan maksud sumbang mahram, hukum dan natijahnya terhadap pelaku dan mangsa jenayah (10m)
   (b) Huraian faktor-faktor yang membawa kepada perlakuan jenayah ini serta kaedah atau langkah bagi
         mencegahnya (10m)

5 (a) Firman Allah Taala yang bermaksud " Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba". Berdasarkan ayat di atas, jelaskan konsep pengharaman riba dalam muamalat Islam (12 m)
   (b) Huraikan kaedah-kaedah yang diharuskan oleh syarak dalam mengurus barang-barang yang terlibat dengan riba.

6 (a) Berdasarkan nas al-Quran atau Sunnah, jelaskan keistimewaan muamalat menurut Islam (12m)
   (b) Jelaskan syarat-syarat sah bagi barangan yng boleh dijualbeli menurut syarak (8m)

7 (a) Huraikan 3 cara mensabitkan jenayah zina ke atas pelakunya (10m)
   (b) Dengan berdasarkan nas, bincangkan hukuman ke atas orang yang melakukan zina menurut syarak serta   berikan pandangan anda mengenainya (10m)

8.(a) Jelaskan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum (6m)
   (b) Jelaskan 3 syarat ijmak (6m)
   (c) Bincangkan pandangan ulamak tentang penghujahan ijmak sukuti (8m)

9 (a) Jelaskan pandangan ulamak mengenai hukum dan dilalah lafaz Am  (12m)
   (b) Jelaskan pandangan ulamak mengenai keharusan mentakhsiskan lafaz Am al-Quran dengan lafaz Khas Hadis Ahad (8m)

10(a) Jelaskan konsep poligami dari segi pengertian, hukum dan dalil serta nyatakan 3 hikmat poligami (8m)
    (b) Huraikan empat syarat yang perlu ada bagi melayakkan seseorang lelaki berpoligami.  Nyatakan pandangan anda terhadap peraturan dan prosedur poligami yang diamalkan di Malaysia (12m)

11(a) Berikan pengertian lafaz musytarak dan jelaskan tiga sebab terbentuknya lafaz tersebut (12m)
    (b) Dengan berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Perempuan-perempuan yang ditalakkan oleh suaminya hendaklah menunggu selama 3 kali quru' ", huraikan pengertian lafaz quru' dan kesannya mengikut Syafi'e dan Hanafi. (8m)