Ahad, 2 Disember 2012
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada 31 Ogos 1957
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara
yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan
selamat sejahtera".
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara
yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan
selamat sejahtera".
7 perkara itu adalah;
- Kami namakan dan kami [anggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 %, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dari ancaman luar negera.
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaylatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah keistimewaan anaknegeri Sabah dan Sarawak)
Rabu, 28 November 2012
LIABILITI DALAM HARTA PUSAKA
1. Menguruskan jenazah
Apabila seseorang muslim meninggal dunia, perkara yang pertama sekali
yang perlu dilaksanakan dengan segera ialah menguruskan jenazahnya. Kos
pengurusan jenazah iaitu bermula daripada memandikan, mengkafankan,
menyembahyangkan hingga menguburkannya, semuanya itu dibayar dengan harta si
mati.
Perbelanjaan pengurusan jenazah itu termasuklah kos membeli kain kafan dan
perkakas yang berkaitan dengannya seperti kapur, kayu gaharu, kapas dan
sebagainya.Sementara bagi upah memandikan, mengusungkan dan menggali kubur
diberikan kepada mereka yang mahu diberikan upah. Adapun mereka yang tidak mahu
menerima upah maka tidak boleh diberikan kepada mereka hadiah atau sedekah
dengan menggunakan harta si mati.
2. Melangsaikan segala hutang si mati
Baki harta setelah dibayar kos pengurusan jenazah digunakan untuk
melunaskan hutang si mati jika dia mempunyai hutang. (Surah al-Nisa' : 11)
Isnin, 26 November 2012
CARA MENGENDALIKAN PUSAKA
Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah melalui 3 kaedah
1.
Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh
syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri
daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan
atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan
saudara seibu.
|
Selasa, 20 November 2012
QAWAID FIQHIYAH
Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
1.0 PENDAHULUAN
Syariat Islam tidak
mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan
sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu
yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka..
Masyaqqah atau
kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan
berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang
melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja
amal yang berguna.
Mempermudah,
meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat
dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah)
yang diperolehi oleh seseorang mukallafadalah menjadi sebab
yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya
dengan mana-mana cara sekalipun.
2.0
DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR)المشقة تجلب التيسير( (KESUKARAN
MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)
Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud
sesuatu yang meletihkan Manakala dari sudut istilah
pula masyaqqahdigunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang
pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar
dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami
kesukaran untuk melaksanakannya.
Kaedah
ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran
membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini
bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan
dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti
asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau
keringanan dalam syariat Islam. Bahkan, ia selaras dengan kaedah
dengan lafaz kaedah :
(إن كل
مأمور يشق على العباد فعله سقط الأمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه سقط النهي
عن
Maksudnya :
“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia
membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur
suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya
menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.
Dalam konteks yang lain, ia
membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila
dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika
seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran.
KAHWIN LARI
DEFINISI PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN (KAHWIN LARI)
Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari bermaksud perkahwinan yang biasanya diakadkan oleh wali Hakim di negeri lain dan tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam serta perkahwinan ini tidak direstui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini juga tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim yang berkenaan.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, kahwin lari didefinisikan sebagai perkahwinan
(pernikahan) pasangan lelaki dan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan
di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui keluarga.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut:
a)Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b)Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.
PROSEDUR PERKAHWINAN
Di Malaysia, prosedur perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosedur perkahwinan dalam negeri dan prosedur perkahwinan di luar negeri. Seksyen 16 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, menjelaskan bahawa “apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah masjid dimana pihak perempuan itu bermastautin”.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut:
a)Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b)Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.
PROSEDUR PERKAHWINAN
Di Malaysia, prosedur perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosedur perkahwinan dalam negeri dan prosedur perkahwinan di luar negeri. Seksyen 16 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, menjelaskan bahawa “apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah masjid dimana pihak perempuan itu bermastautin”.
Sebelum prosedur ini diikuti (bagi perkahwinan
biasa dalam negeri), bakal pengantin diwajibkan mengikuti kursus pra
perkahwinan Islam yang dikenali sebagai Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan
Islam. Ketetapan ini telah dilaksanakan di atas persetujuan Majlis Persidangan
Ketua-ketua Jabatan Agama Islam bagi setiap negeri supaya kursus perkahwinan
diselaraskan dengan melaksanakan modul untuk semua bakal pengantin.
Kursus perkawinan ini telah dilaksanakan bermula tahun 1994. Kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan bakal pengantin mempunyai asas agama dan ilmu yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan alam rumahtangga. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dan para peserta akan diberikan sijil dan akan dilampirkan bersama-sama dengan borong permohonan perkahwinan masing-masing.
Kursus perkawinan ini telah dilaksanakan bermula tahun 1994. Kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan bakal pengantin mempunyai asas agama dan ilmu yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan alam rumahtangga. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dan para peserta akan diberikan sijil dan akan dilampirkan bersama-sama dengan borong permohonan perkahwinan masing-masing.
Isnin, 22 Oktober 2012
RASUAH, PUNCA DAN KESANNYA
Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau
kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau
sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak
tersebut
Kesalahan Rasuah
Kesalahan Rasuah
- Meminta / Menerima Rasuah (Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
- Menawar/ Memberi Rasuah ( Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
- Membuat Tuntutan Palsu (Mana-mana orang memberi kepada agen atau agen memberi kepada majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butiran palsu, yang mana prinsipal/ majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/ memperdayakan majikannya)
Punca/ Faktor Berlakunya Jenayah Rasuah
a) Kelemahan peribadi dan iman
- Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
- Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
- Sikap suka berjudi dan berhutang secara boros
- Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
- Melambat-lambatkan urusan pejabat
- Overgrown birokrasi
- Terlampau banyak penurunan kuasa
- Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
- Keadaan masyarakat yang buta huruf
- Amalan tradisi seperti pemberian angpow dan buah tangan
- Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong
d) Kepesatan Pembangunan Sosio Ekonomi
- Perlaksanaan projek pembangunan tanpa kawalan
- Tekanan modenisasi untuk hidup berlumba-lumba
e) Faktor Politik.
- Mencari kekayaan melalui politik
- Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme
Langgan:
Catatan (Atom)