Blogger Backgrounds

Ahad, 30 September 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM


PERTAMA : MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI     BERTARAF ANTARABANAGSA

  •  Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, mathematik dan sains selaras dengan standar antarabangsa.
  • Melancarkan KBSM dan semakan semula KBSR
  • Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan - tumpuan kemahiran berfikir aras tinggi 2016
  • Meningkatkan kualiti prasekolah menjelang 2020
  • Lanjutkan pendidikan wajib dari 6 tahun kepada 11 tahun bermula umur 6 tahun - latihan vokasional sebagai persediaan pekerjaan.

* Meningkatkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran dengan keperluan khusus.




KEDUA   : MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BM DAN BI


  • Perkenalkan kurikulum BM yang sama pada peringkat rendah dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas peralihan
  •  Perluaskan program LINUS meliputi BI.
  • Meningkatkan kemahiran BI guru dan perluaskan peluang bagi pendedahan terhadap BI.
  •  Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelanh 2025.


KETIGA   :MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI

  • Perkukuhkan pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
  •  Perkukuhkan PI dan Moral - fokus kepada teras nilai dan falsafah agama menjelang 2017.
  •  Memperkembangkan urid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 kELAB DAN 1 BADAN bERUNIFOM.
  • Mengukuh dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 - mudahkan interaksi antara jenis sekolah, etnik dan sosio ekonomi.


KEEMPAT   : TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

  •  Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 
  •  Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 - tumpuan individu dan latihan berasaskan sekolah
  •  Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 - kurangkan beban pentadbiran.
  • Laksanakan laluan kerjaya berdasarkan kompentensi dan prestasi mulai 2016.
  •  Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016.
  •  Membudayakan kecemerlangan berasaskan Pimpinan Rakan Sebaya dan proses persijilan mulai 2025


KELIMA   : MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH.

  • Memperkanalkan kriteria pemilihan beasaskan kompentensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/ guru besar mulai 2013.
  • Laksanakan pakej kerjaya baru bagi P / GB mulai 2013 dengan lebih sokongan, fleksibiliti oengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan koku serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid.


KEENAM   : MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN.

  • Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program sistematik - dipimpin PPD semua negeri menjelang 2014
  • Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar.
  • Mempastikan 100% sekolah memenui keperluan infrastruktur asas menjelang 2015 bermula dengan Sabah dan Sarawak.


KETUJUH    : MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA.

  • Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui IBestariNet 10.000 sekolah menjelang 2013
  • Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan, video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
  • Memanfaatkan penggunaan ICT bagi PJJ dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.


KELAPAN   : MENTRANSFORTMASIKAN KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

  • Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013.
  • Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN ke PPD untuk menyoong sekolah menjelang 2014.
  • Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150 - 200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
  • Memperkukuh fungsi utama dan merasinalisasi struktur Kementerian mulai 2016.


KESEMBILAN   : BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS.

  • Melengkapi ibu bapa bagi membentu pembelajaran anak melalui saranan penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS).
  • Mendapatkan maklumbalas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dari kualiti guru mulai 2016
  • 1000 biasiswa drpd sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa.
  • Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur.


KESEPULUH    : MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

  • Megaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasinalisasi proagram berimpak rendah pada setiap tahun selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Baget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
  • Memanfaatkan peluang meningkatka efisiensi dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru


KESEBELAS    : MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG.

  • Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran Pembangunan Pendidikan mulai 2013
  • Melasnakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan PPP kekal releven dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil perkembangan persekitarannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan