Blogger Backgrounds

Ahad, 2 Disember 2012

Menangani Stress

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada 31 Ogos 1957
                                  " Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara
                                     yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh
                                     kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan
                                     selamat sejahtera".

7 perkara itu adalah;


  • Kami namakan dan kami [anggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan,  TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 %, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dari ancaman luar negera.
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaylatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah keistimewaan anaknegeri Sabah dan Sarawak)

Rabu, 28 November 2012

LIABILITI DALAM HARTA PUSAKA



1. Menguruskan jenazah

Apabila seseorang muslim meninggal dunia, perkara yang pertama sekali yang perlu dilaksanakan dengan segera ialah menguruskan jenazahnya. Kos pengurusan jenazah iaitu bermula daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan hingga menguburkannya, semuanya itu dibayar dengan harta si mati.

Perbelanjaan pengurusan jenazah itu termasuklah kos membeli kain kafan dan perkakas yang berkaitan dengannya seperti kapur, kayu gaharu, kapas dan sebagainya.Sementara bagi upah memandikan, mengusungkan dan menggali kubur diberikan kepada mereka yang mahu diberikan upah. Adapun mereka yang tidak mahu menerima upah maka tidak boleh diberikan kepada mereka hadiah atau sedekah dengan menggunakan harta si mati.
  
2. Melangsaikan segala hutang si mati

Baki harta setelah dibayar kos pengurusan jenazah digunakan untuk melunaskan hutang si mati jika dia mempunyai hutang. (Surah al-Nisa' : 11) 

Isnin, 26 November 2012

CARA MENGENDALIKAN PUSAKA




Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah melalui 3 kaedah
  1. Meneliti Golongan Waris Ashabul Furudh
  2. Mengenal pasti golongan waris yang Mahjub (terhalang mendapat pusaka)
  3. Mengenal pasti golongan waris Asobah

1. Ashabul-Furud

                Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Selasa, 20 November 2012

QAWAID FIQHIYAH



Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
  
1.0 PENDAHULUAN

Syariat Islam tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka..
            Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna.

            Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallafadalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.

2.0 DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR)المشقة تجلب التيسير( (KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan Manakala dari sudut istilah pula masyaqqahdigunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya.
           
            Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Bahkan, ia selaras dengan kaedah dengan lafaz kaedah :
(إن  كل مأمور يشق على العباد فعله سقط الأمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه سقط النهي عن

Maksudnya :
“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau  manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran.


KAHWIN LARI





 DEFINISI PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN (KAHWIN LARI)

Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari bermaksud perkahwinan yang biasanya diakadkan oleh wali Hakim di negeri lain dan tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam serta perkahwinan ini tidak direstui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini juga tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim yang berkenaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kahwin lari didefinisikan sebagai perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui keluarga.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut:

a)Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b)Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.

PROSEDUR PERKAHWINAN


Di Malaysia, prosedur perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosedur perkahwinan dalam negeri dan prosedur perkahwinan di luar negeri. Seksyen 16 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, menjelaskan bahawa “apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi kariah masjid dimana pihak perempuan itu bermastautin”.

 Sebelum prosedur ini diikuti (bagi perkahwinan biasa dalam negeri), bakal pengantin diwajibkan mengikuti kursus pra perkahwinan Islam yang dikenali sebagai Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Ketetapan ini telah dilaksanakan di atas persetujuan Majlis Persidangan Ketua-ketua Jabatan Agama Islam bagi setiap negeri supaya kursus perkahwinan diselaraskan dengan melaksanakan modul untuk semua bakal pengantin.

Kursus perkawinan ini telah dilaksanakan bermula tahun 1994. Kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan bakal pengantin mempunyai asas agama dan ilmu yang berkaitan dengan alam perkahwinan dan alam rumahtangga. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dan para peserta akan diberikan sijil dan akan dilampirkan bersama-sama dengan borong permohonan perkahwinan masing-masing.

Isnin, 22 Oktober 2012

RASUAH, PUNCA DAN KESANNYA


Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wanghadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut


Kesalahan Rasuah

  • Meminta / Menerima Rasuah   (Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
  • Menawar/ Memberi Rasuah  ( Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
  • Membuat Tuntutan Palsu (Mana-mana orang memberi kepada agen atau agen memberi kepada majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butiran palsu, yang mana prinsipal/ majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/ memperdayakan majikannya)

Punca/ Faktor Berlakunya Jenayah Rasuah
a) Kelemahan peribadi dan iman
  • Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
  • Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
  • Sikap suka berjudi dan berhutang secara boros
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. 
  • Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
  • Melambat-lambatkan urusan pejabat
  • Overgrown birokrasi
  • Terlampau banyak penurunan kuasa
c) Sosial dan budaya. 
  • Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
  • Keadaan masyarakat yang buta huruf
  • Amalan tradisi seperti pemberian angpow dan buah tangan
  • Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong
d) Kepesatan Pembangunan Sosio Ekonomi
  • Perlaksanaan projek pembangunan tanpa kawalan
  • Tekanan modenisasi untuk hidup berlumba-lumba
e) Faktor Politik.
  • Mencari kekayaan melalui politik
  • Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme

JENAYAH ROGOL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT ISLAM


Definisi:

Rogol adalah satu daripada bentuk perzinaan.
Zina:adalah persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan tanpa milik  atau syubhah (kekeliruanmilik.  Ini adalah takrif di sisi jumhurulama.
Rogol atau pemerkosaanadalah perzinaan yang lakukan secara dipaksa dan mangsa adalah seorang perempuan

Bentuk-bentuk paksaan (الإكراه),dua pendapat :

1.  Ulama mazhab Hanafipaksaan dua bentuk:
     1.  (أو الكامل الإكراه الملجىء): Paksaan yang menyebabkan  mangsa tiada pilihan dan tiada kuasa melawandan diancam dengan perkara yang mendatangkan bahaya pada nyawanyaatau anggota badannya
Contoh :Mangsa diancam akan dibunuh atau dipotong anggotanya ataupun mangsa dipukul pukulan berat yangmencederakanberturut yang memungkinkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan.

HukumnyaPaksaan menyebabkan tiada sifat redha(kerelaan)dan tiada kemampuan menentang.
      
      2. أو الناقص الإكراه غير الملجىء): Ancaman yang tidak membahayakan nyawa atau anggota badan,
ContohMangsa diancam akan dipenjarakan,ataudiikat,atau pukulan yang tidak mencederakan,ataudiancam akan memusnahkan hartaHukumnyaPaksaan menyebabkan tiada  sifat redha (kerelaan)tetapi mampu menentang.
Ulama mazhab Syafi`e,Maliki dan Hanbalipaksaan hanya satu bentuk:
 (الإكراه الملجىء أو التام): Selainnya tidak dinamakan paksaanBerkata ulama mazhab Syafi`e; hukum berbeza berdasarkan keadaan seseorang ,dan ancamantersebut tidak bertempohPaksaan berlaku dengan ancaman menakutkan seperti  pukulan dahsyatpenjara dan merosakan harta mangsa

SEPUPUH GOLONGAN

Disebutkan dalam sebuah Hadith Rasulullah bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan dibangkitkan dalam keadaan asal mereka, iaitu;

  1. Para Anbia'
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Ulama'
  4. Para Syuhada'
  5. Penghafal al-Quran
  6. Pemimpin yang adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati melahirkan anak
  9. Orang yang mati dibunuh atau teraniaya
  10. Orang yang mati di siang/ malam hari Juaamt (orang yang beriman)

Ahad, 30 September 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM


PERTAMA : MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI     BERTARAF ANTARABANAGSA

  •  Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, mathematik dan sains selaras dengan standar antarabangsa.
  • Melancarkan KBSM dan semakan semula KBSR
  • Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan - tumpuan kemahiran berfikir aras tinggi 2016
  • Meningkatkan kualiti prasekolah menjelang 2020
  • Lanjutkan pendidikan wajib dari 6 tahun kepada 11 tahun bermula umur 6 tahun - latihan vokasional sebagai persediaan pekerjaan.

* Meningkatkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran dengan keperluan khusus.


Jumaat, 28 September 2012

SEHARI DI KILANG COKLAT

MAJLIS MENJANA KECAKNAAN PELAJAR PRA U 2012

PROGRAM MENJANA KECAKNAAN KEGEMILANGAN STPM DAERAH BESUT
TAHUN 2012

                                                                                                                                                                          Program yang dihoskan oleh SMK Seri Nering PADA 27 September 2012 yang menghimpunkan semua pelajar Pra U berjumlah 630 merupakan program julung kali diadakan di daerah ini hasil inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah, Unit Votek dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, UMNO Daerah Besut Serta Majlis Permuawakatan GPK Tingkatan 6 Daerah Besut.

Majlis yang dirasmikan oleh En Zubir Embong, Ketua Sektor Akademik JPNT yang juga sebagai motivator dapat dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak.  Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada pelajar yang mencatat pencapaian cemerlang dalam Ujian OTI 2 baru-baru ini.





Sijil Penghargaan juga turut disampaikan oleh Ketua Sektor Akademik kepada pelajar yang mencatat keputusan yang cemerlang dalam OTI 2. Seramai 3 orang pelajar SMA. Maarif, telah terpilih menerima sijil tersebut iaitu Siti Maridah bt Zaha, Muhammad Aizuddin bin Azman dan Muhamad Zulfikah

Khamis, 14 Jun 2012

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PRA U SESI 2012/ 2013
DI PINGGIRAN GUNUNG TEBU, BELATAN, JABI
TARIKH : 12-14 JUN

Seramai 46 pelajar lelaki dan perempuan terlibat
Pengisian dengan SLOT Motivasi dan Akademik

Penutup oleh  : En Azlan Khairun bin Yusof
JaHEAT

Khamis, 17 Mei 2012

Cuti sekolah datang lagi.  Program kecemerlangan calon STPM tetap diutamakan. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmatNya terhadap segala usaha murni ini

Khamis, 2 Februari 2012

Khemah Mukmin

Bagi setiap musafir itu khemah, maka khemah bagi setiap orang mukmin adalah akal. Kata Ibn abbas r.a; Bermula kepala dan teraju kepada akal yang baik itu 3 perkara;

  1. Memaafkan akan kesalahan manusia kepadanya
  2. Merendahkan diri kepada orang yang lebih rendah martabat daripadanya
  3. Bercakap sebentar/ sedikit, kemudia akan diam (banyak diam daripada bercakap)
kepala dan teraju bebal pula ada 3 perkara
  1. Membesarkan diri sendiri
  2. Banyak berbual
  3. Memburukkan manusia yang melakukan kejahatan sedangkan dia pun melakukannya

RENUNGAN DAN INGATAN

Sabda rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang redha dengan Allah daripada rezeki yang sedikit, nescaya Allah redha dengan amalannya yang sedikit.

Sabdanya lagi:

  • Bermula orang yang alim yang tidak beramal itu adalah seumpama mendung yang tiada hujan. 
  • Orang kaya yang tidak pemurah adalah laksana pohon yang tidak berbuah
  • Orang papa yang tidak sabar adalah ibarat sungai yang tidak berair.
  • Raja yang tidak adil umpama kambing yang tiada pengembalanya.
  • Orang muda yang tidak bertaubat, umpama rumah yang tidak beratap
  • Perempuan yang tiada malu, umpama makanan yang tidak bergaram
Rasulullah bersabda lagi; Menuntut 5 perkara yang mustahil boleh didapati
  1. Menuntut pengajaran daripada seteru/ musuh itu mustahil
  2. Menuntut khidmat dari orang jahil itu mustahil
  3. Menuntut syurga tanpa beramal itu adalah mustahil
  4. Menuntut kesempurnaan dari perempuan itu juga adalah mustahil
  5. Syurga untuk orang yang berbuat ketaatan dan neraka itu untuk orang yang melakukan maksiat
Sahl as.Tusturi r.a berkata: berhimpun segala kebajikan itu dalam empat perkara;
  1. Melaparkan perut
  2. Diam dari berkata-kata yang tidak mendatangkan apa-apa faedah akhirat.
  3. Menjauhkan diri daripada manusia
  4. Berjaga waktu malam kerana beribadat kepada Allah.

Pesanan Rasulullah Terhadap Umatnya

  • Bnyakkan mengingati Allah daripada mengingati sesama manusia
  • Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
  • Banyakkan menyebut kejahatan daripada menyebut kebikan
  • Banyakkan menyebut mati daripada menyebut hidup
  • Banyakkan olehmu menyebutkan keaiban diri sendiri daripada menyebut keaiaban orang lain
Sabda Rasulullah s.a.w, Akan datang satu masa nanti umatku mengasihi mereka kerana 5 perkara dan mereka lupa akan 5 perkara yang lain;
  1. Mereka mengasihi hidup dan lupa akan mati
  2. Kasih mereka akan harta benda dan lupa mereka akan perhitungan dan hisab Allah
  3. Kasih mereka terhadap mahligai dan rumah besr dan cantik, sedangkan mereka lupa akan tanah kubur yang sempit dan gelap
  4. Kasih mereka terhadap dunia dan lupa mereka terhadap akhirat
  5. Kasih mereka terhadap makhluk dan lupa mereka terhadap Allah
Firman Allah dalam Hadis Qudsi; Enam perkara daripada AKU dan Enam perkara daripada makhluk (jin dan manusia)
  1. Syurga daripada AKU dan ketaatan daripada kamu
  2. Ketuhanan daripada AKU dan perhambaan daripada kamu
  3. Perkenan daripada AKU dn permintaan daripada kamu
  4. Bala daripada AKU dan kesabaran daripada kamu
  5. Rezeki daripada AKU dan syukur daripada kamu
  6. Keampunan daripada AKU dan taubat daripada kamu

8 Kalimat Terbaik

Kata Luqman al-Hakim

  1. Apabila Engkau berada dalam solat, maka jagalah HATIMU
  2. Apabila engkau berada di rumah orang, maka jagalah PANDANGANMU
  3. Apabila Engkau berada di kalangan manusia, maka jagalah LIDAHMU
  4. Apabila Engkau berhadapan dengan makanan dan minuman, maka jagalah PERANGAIMU
  5. INGAT olehmu Dua perkara iaitu Ingat Akan Tuhanmu dan Matimu
  6. LUPA olehmu Dua perkara; iaitu lupakan kebaikan engkau terhadap orang lain dan lupakan kejahatan orang pada dirimu.

Selasa, 31 Januari 2012

Al-Mahkum Fihi

Maksud: Perbuatan mukallaf yang berhubung dengan hukum-hukum syarak samada secara tuntutan (wajib buat/
              tinggal) pilihan atau sebab kepada yang lain.

         ** Al-Mahkum Fihi dalam Hukum Taklifi ialah perbuatan yang mampu/ boleh dikerjakan atau ditinggalkan
              oleh setiap mukallaf
         ** Al-Mahkum Fihi dalam Hukum Wad'ie ialah hukum itu sendiri dan akan kembali kepada mukallaf itu sendiri samada boleh dikerjakan atau tidak.
Con: Nampak anak bulan ramadhan, merupakan sebab wajib puasa. (Puasa perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf)

Syarat-syarat al-Mahkum Fihi
  1. Mengetahui secara jelas perbuatan yng ditaklifkan dan mampu mengerjakannya. 
  2. Mengetahui perintah Allah supaya mngerjakan perbuatan tersebut
  3. Perbuatan yang ditaklifkan itu mampu dikerjakan atau ditinggakan oleh mukallaf berdasarkan syarat

          i.  Tidak ditaklifkan dengan perkara yang mustahil dilakukan seperti duduk dan bangun dalam satu
              masa
          ii. Tidak ditaklifkan dengan sesuatu perkara yang diluar kemampuan manusia atau di luar kemampuan
              manusia @ mentaklifkan seseorang dengan perkara yang berkaitan dengan perasaan dan kejiwaan

Pembahagian al-Mahkum Fihi Mengikut Hanafiyah

  1. Hak-hak Allah : Perkara yang berhubung dengan kemanfaatan umum dan berhubung teus kepada Allah seperti ibadat-ibadat khusus (beriman kepada Allah) dan ibadat yang dikerjakan dalam bentuk cukai seperti sedekah, kharaj, denda(kafarah)
  2.  Hak-hak Hamba : Kemaslahatan atau keistimewaan khusus untuk individu seperti hak untuk memiliki harta, memiliki barang, membelanjakan harta dan sebagainya.
  3. Gabungan dua Hak, tetapi hak Allah diutamakan melebihi hak hamba : Perkara yang berkiatan dengan had qazaf. (Hak hamba untuk membersihkan keaibannya, manakala hak Allah dalam soal ini adalah berkaitan dengan hukuman yang tidak akan gugur walaupun dimaafkan oleh orang yang kena tuduh)
  4. Gabungan 2 hak, tetapi hak hamba diutamakan:  Contohnya dalam persoalan qisas

Isnin, 30 Januari 2012

AS- SARFU

Maksud: Jual beli matawang atau tukar menukar matawang
              Matawang Asal/ Semulajadi : Emas (dinar) dan perak (dirham)

Istilah  : Matawang yang diperbuat daripada logam (selain emas dan perak) dan juga matawang kertas dan
            digunakan secara berleluasa dan terkenal masa kini.

Hukum Pertukaran Matawang;: 

1. Matawang emas dan perak (barang ribawi) perlu kepada syarat-syarat tertentu untuk mengelak daripada berlakunya riba yang diharamkan oleh syarak.
Sepakat Ulamak :Pertukaran matawang ini perlu sama timbangan dan serah menyerah dalam satu majlis samada matawang itu diterbitkan oleh negara yang sama atau berlainan negara.
                            : Jual beli dan penyerahan yang dilakukan di luar majlis aqad, hukumnya tidak sah dan termasuk dalam Riba an-Nasiah/ al-Yadu dan diharamkan oleh syarak


Sepakat Ulamak : Pertukaran dan jual beli emas dan perak samada matawang, barang kemas atau bungah adalah HARUS walaupun tidak sama timbangannya dengan syarat berlaku penyerahannya dalam satu majlis aqad 


Pandangan Ulamak Mengenai tempoh Masa Penyerahan;


i. Shafi'e dan Hanafi
            Selagi keduanya masih berada dalam majlis aqad
ii.Maliki
           Serah menyerah secara serentak sebaik sahaja selesai lafaz ijab dan qabul
           Tidak sah jika berlaku kelewatan serah menyerah oleh sebelah pihak


2. Matawang Selain Emas dan Perak
Khilaf Ulamak;
i.  Mazhab Maliki: Semua matawang adalah sama sahaja hukumnya dengan pertukaran matawang emas dan perak (terlibat dengan barangan ribawi)

ii. Maz. Syafi'ie, Hanafi dan Hambali: Tidak tergolong dalam barang ribawi dan tidak disyaratkan berlaku serah menyerah secara serentak dalam satu masa dalam urusan pertukaran atau jual beli matawang

Pertukaran Matawang/ Jualbeli matawang adalah diharuskan hukumnya dengan syarat

  • Matawang emas dengan emas mestilah sama berat atau sama timbangan dan berlaku penyerahan dalam satu masa.
  • Matawang emas dengan perak hanya disyaratkan berlaku serah menyerah dalam satu masa walaupun tidak sama timbangan/ sukatannya.
  • Pertukaran matawang tempatan tidak boleh dilakukan tanpa terdapat persamaan harga, tetapi matawang tempatan dengan matawang asing (tidak sama harga) harus dilakukan secara berlebih  kurang
  • Perjanjian menjual atau membeli matawang asing dengan matawang tempatan dengan harga yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak adalah diharuskan.

Contoh Soalan Peruncingan Syariah 2012

1  (a) Jelaskan konsep mudharabah dari sudut takrif, hukum serta hikmat pensyariatannya menurut Islam (10m)
    (b) Jelaskan etika- etika yang perlu ada pada mudharib dalam kontrak mudharabah (10m)

2. (a)" Zina adalah satu punca kepada keruntuhan sesebuah bangsa".Berdasarkan kepada kenyataan     ini,jelaskan maksud zina serta implikasinya terhadap organisasi sosial dan kekeluargaan menurut Islam (12m)
    (b) Berdasarkan dalil, terangkan bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelaku zina menurut
          sistem perundangan Islam  (8m),

3 (a) As-Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam. Berdasarkan takrif , jelaskan pembahagian
        Sunah beserta contohnya, (10 m)
   (b) Terdapat pandangan yang menolak sunnah sebagai sumber hukum. Jelaskan pandangan mereka serta
        hujah para ulamak bagi menjawab hujah-hujah nereka, (10m)

4 (a) Jelaskan maksud sumbang mahram, hukum dan natijahnya terhadap pelaku dan mangsa jenayah (10m)
   (b) Huraian faktor-faktor yang membawa kepada perlakuan jenayah ini serta kaedah atau langkah bagi
         mencegahnya (10m)

5 (a) Firman Allah Taala yang bermaksud " Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba". Berdasarkan ayat di atas, jelaskan konsep pengharaman riba dalam muamalat Islam (12 m)
   (b) Huraikan kaedah-kaedah yang diharuskan oleh syarak dalam mengurus barang-barang yang terlibat dengan riba.

6 (a) Berdasarkan nas al-Quran atau Sunnah, jelaskan keistimewaan muamalat menurut Islam (12m)
   (b) Jelaskan syarat-syarat sah bagi barangan yng boleh dijualbeli menurut syarak (8m)

7 (a) Huraikan 3 cara mensabitkan jenayah zina ke atas pelakunya (10m)
   (b) Dengan berdasarkan nas, bincangkan hukuman ke atas orang yang melakukan zina menurut syarak serta   berikan pandangan anda mengenainya (10m)

8.(a) Jelaskan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum (6m)
   (b) Jelaskan 3 syarat ijmak (6m)
   (c) Bincangkan pandangan ulamak tentang penghujahan ijmak sukuti (8m)

9 (a) Jelaskan pandangan ulamak mengenai hukum dan dilalah lafaz Am  (12m)
   (b) Jelaskan pandangan ulamak mengenai keharusan mentakhsiskan lafaz Am al-Quran dengan lafaz Khas Hadis Ahad (8m)

10(a) Jelaskan konsep poligami dari segi pengertian, hukum dan dalil serta nyatakan 3 hikmat poligami (8m)
    (b) Huraikan empat syarat yang perlu ada bagi melayakkan seseorang lelaki berpoligami.  Nyatakan pandangan anda terhadap peraturan dan prosedur poligami yang diamalkan di Malaysia (12m)

11(a) Berikan pengertian lafaz musytarak dan jelaskan tiga sebab terbentuknya lafaz tersebut (12m)
    (b) Dengan berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Perempuan-perempuan yang ditalakkan oleh suaminya hendaklah menunggu selama 3 kali quru' ", huraikan pengertian lafaz quru' dan kesannya mengikut Syafi'e dan Hanafi. (8m)


Sabtu, 28 Januari 2012

Peruncingan Syariah 2012

Peruncingan Syariah 2012
1. Muamalat

  • Mudharabah
  • Wadi'ah
  • Riba
  • Gadaian
  • Wakalah
2. Munakahat
  • Meminang dan mahar
  • Talak dan Iddah
  • Rujuk
  • Poligami
  • Nikah Muhallil
  • Penyelesaian masalah perkahwinan
3. Jenayah
  • Qisas
  • Zina dan Qazaf
  • Mencuri
  • Hukuman Diyat