Definisi:
Rogol adalah satu daripada bentuk perzinaan.
Zina:adalah persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan tanpa milik atau syubhah (kekeliruan) milik. Ini adalah takrif di sisi jumhurulama.
Rogol atau pemerkosaan: adalah perzinaan yang lakukan secara dipaksa dan mangsa adalah seorang perempuan.
Bentuk-bentuk paksaan (الإكراه),dua pendapat :
1. Ulama mazhab Hanafi; paksaan dua bentuk:
1. (أو الكامل الإكراه الملجىء): Paksaan yang menyebabkan mangsa tiada pilihan dan tiada kuasa melawan, dan diancam dengan perkara yang mendatangkan bahaya pada nyawanya, atau anggota badannya.
Contoh :Mangsa diancam akan dibunuh atau dipotong anggotanya ataupun mangsa dipukul pukulan berat yangmencederakan, berturut yang memungkinkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan.
Hukumnya: Paksaan menyebabkan tiada sifat redha(kerelaan)dan tiada kemampuan menentang.
2. ( أو الناقص الإكراه غير الملجىء): Ancaman yang tidak membahayakan nyawa atau anggota badan,
Contoh: Mangsa diancam akan dipenjarakan,ataudiikat,atau pukulan yang tidak mencederakan,ataudiancam akan memusnahkan harta. Hukumnya: Paksaan menyebabkan tiada sifat redha (kerelaan)tetapi mampu menentang.
• Ulama mazhab Syafi`e,Maliki dan Hanbali; paksaan hanya satu bentuk:
(الإكراه الملجىء أو التام): Selainnya tidak dinamakan paksaan. Berkata ulama mazhab Syafi`e; hukum berbeza berdasarkan keadaan seseorang ,dan ancamantersebut tidak bertempoh. Paksaan berlaku dengan ancaman menakutkan seperti pukulan dahsyat, penjara dan merosakan harta mangsa.
Syarat-syarat utama paksaan tersebut;
1. Pengancam mampu melakukan perkara yang diancamnya keatas mangsa.
2.Mangsa tidak mampu melawan atau mengelak dengan melarikan diri atau selainnya.
3.Mangsa bertanggapan bahawa jika dia melawan, akan akan berlaku apa yang diancam.
Perempuan yang dipaksa melakukan perzinaan tidak dijatuhkan hukuman Hudud keatasnya, sama ada paksaan tersebut bersifat (الإكراهالملجىء)atau(الإكراه غير الملجىء ). Walaubagaimana pun, penafian hukuman Hudud tidak menafikan pengharaman zina, kerana zina dan bunuh adalahjenayah yang tidak diharuskan dalam apa jua keadaan sekalipun ( walau dipaksa atau terpaksa). Ini adalah pendapat yang
disepakati ulama .
Dalam kes rogol, paksaan keatas mangsa adalah bersifat (الإكراه الملجىء أو التام ) yang mana mangsa tidak dapat melawan dan mengelak bahkan dicederakanketika berlakunya jenayah tersebut. Namun jika mangsa mampu melawan, dia wajib mempertahan dirinya berdasarkan hukum (دفع الصائل ).
4. Hukuman:
Pesalah boleh dijatuhkan satu atau lebih dari hukuman berikut berdasarkan bukti-bukti dan keterangan yang diberikan kepada hakim.
Hudud :
1. Hudud jenayah zina;
Perogol yang telah sabit kesalahannya dengan bukti-bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim akandijatuhkan hukuman yang sama seperti pelaku jenayah zina :
•Jika pesalah ghair muhsan (محصن (غيرiaitu yang belum pernah berkahwin : disebat seratus sebatan dan taghrib (التغريب )iaitu dibuang negeri selamasetahun.
•Jika pesalah muhsan (محصن ) iaitu yang sudah atau pernah berkahwin: direjam sehingga mati .Hukuman ini sabit dengan Ijma` ulama tanpa khilaf. Hukuman sebatan bagi penzina muhsan adalah khilaf ulama, pendapat jumhur; yang wajib adalah rejam tanpa sebat .
2. Hudud jenayah Hirabah;
Dalam kes ini terdapat unsur mencederakan atau unsur ancaman (
التخويف)samada ancaman terhadap nyawa,harta benda dan lain-lain,kepada mangsayang boleh menyebab pesalahnya juga boleh disabitkan dengan hukuman lain iaitu, hukuman Hirabah (حد الحرابة ).
Hukuman Qisas (القصاص),
Hukuman ini dijatuhkan jika tertuduh terbuti mencederakan atau membunuh mangsa.
Ta`zir (التعزير) ,
Tertuduh boleh dijatuhkan hukuman ta`zir jika bukti-bukti yang ada tidak dapat mensabitkan hukuman hudud. Penentuan bentuk hukuman ta`ziradalah terserah kepada hakim seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.
Hukuman tambahan,
Namun begitu, hukum tambahan bagi kesalahan rogol, iaitu;
• Perogol wajib membayar mahar misil ( مهر المثل ) kepada mangsa.
• Perogol wajib membayar kepada mangsa pampasan الأرش)
) atau pampasan (الدية)
jika mangsa dicederakan , dan pada masa yang sama pesalah tidak disabitkan dengan hukuman Qisas.
5.
Syarat-syarat perlaksanaan hukuman Hudud :
Hukuman Hudud tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah memenuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak:
1.Baligh : Dewasa sahaja yang dijatuhkan hukuman Hudud, ini disepakati ulama.
2. Berakal: Orang gila tidak dijatuhkan hukuman Hudud, ini juga disepakati ulama.
3.Muslim:non muslim tidak dihukum hudud tetapi dijatuhkan hukuman Ta`zir(التعزير), namun jika dia morogol seorang muslimah,non muslim tersebutdihukum bunuh dengan sebab melanggar perjanjian (عهد الذمة) dengan pemerintah . Manakala jika sesama suka, muslimah tersebut sahaja dihukumHudud. Ini adalah pendapat ulama mazhab Maliki.Pendapat terkuat adalah pendapat jumhur ulama, non muslim tetap dihukum Hudud, tetapi tidakdirejam disisi mazhab Hanafi.
4.Sukarela:Perempuan yang dipaksa atau dirogoltidak hukum secara disepakati ulama. Namun ulama berselisih pendapat tentang lelaki yang dipaksaberzina; pendapat jumhur ulamak ,dia tidak dihukum,berbeza dengan pendapat mazhab Hanbali.
5.Persetubuhan sesama manusia : jika seseorang bersetubuh dengan selain manusia binatang contohnya,dia hanya dijatuhkan hukuman ta`zir.
6.Perempuan yang disetubuhi seorang dewasa: Ini adalah syaratdisisi mazhab hanafi. Disisi jumhur orang yang bersetubuh secara haram dengan kanak–kanak perempuan tetap dihukum hukuman Hudud.
7.Tiada keraguan : Jika berlaku Syubhah (kekeliruan dipihak tertuduh atau kesamaran dari segi bukti pendakwaan) maka Hudud tidak laksanakan.
8.Mengetahui zina adalah haram: Orang yang tidak mengetahuinya tidak dihukum Hudud (iaitu dengan sebab baru memeluk Islam atau hidup jauh dariulama ).
9.Perempuan yang disetubuhi adalah selain kafir harbi dan berlaku di negara harb (yang menjadi musuh Negara Islam): Ini adalah syarat disisi mazhabHanafi, disisi jumhur ulama pula penzina tetap dihukum hukuman hudud walaupun berzina dengan perempuan harbi dan di negara harbi.
10.Perempuan yang disetubuhi bernyawa: Orang yang bersetubuh dengan mayat tidak dijatuhkan hukuman Hudud disisi Jumhur ulama, berbezadengan pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki.
11. Bersetubuhan haram itu tersebut benar-benar berlaku: iaitu dengan memasukkan Hasyafah zakar(kepala kemaluan lelaki) atau ukurannya kedalamfaraj perempuan.
Walaupun dalam beberapa keadaan diatas tidak dapat menghukum tertuduh dengan hukuman hudud namun pihak hakim dapat menjatuhkan hukumanTa`zir jika terdapat Qarinah (bukti-bukti lain
yang menguatkan dakwaan tetapi tidak dapat menjatuhkan hukuman Hudud) .
6.
Kaedah-kaedah pensabitan kesalahan jenayah rogol:
1. Jika mengambil hukuman zina;
Ijma`(tiada perselisihan pendapat)dikalangan ulama bahawa jenayah zina sabit :
• denganIqrar (pengakuan pesalah), atau;
• dengan Syahadah (penyaksiaan) empat orang saksi lelaki Muslim
yang merdeka (bukan hamba sahaya) yang Adil (tidak Fasik).
Dan yang menjadi khilaf (perselisihan pendapat) dikalangan ulama, adakah kehamilan menjadi bukti dakwaan zina?Dua pendapat;
•Disisi mazhab Syafi`e dan Hanafi, kehamilan tidak menjadi bukti yang boleh mensabitkan hukuman Hudud, kerana Hudud tidak sabit denganQarinah. Pendapat ini adalah lebih kuat.
•Disisi mazhab Maliki, kehamilan menjadi bukti yang boleh mensabitkan hukuman Hudud, mazhab Hanbali pula mensyaratkan bahawa suami wanitahamil tersebut berjauhan dengannya.
2. Jika mengambil hukuman Hirabah dan Qisas:
Pensabitan kesalahan berlaku dengan;
• Iqrar (pengakuan pesalah), atau;
• Dua orang saksi, lelaki, muslim, yang adil.
7.
Persoalan-persoalan berkaitan kes rogol :
• Adakah hukuman hudud boleh dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti – contohnya DNA,kamera CCTV, gambar dan lain-lain -
selain daripada saksi danpengakuan penzina atau perogol?
Jawapan: Tidak , kerana hukuman Hudud jenayah zinadalah hak Allah Taala , jadi hudud tidak dapat dijatuhkan kepada pesalah kecuali dengan IqraratauSyahadah di sisi mazhab Syafie dan Hanafi.
• Bolehkah perogol dijatuhkan hukuman bunuh tanpa Hudud?
Jawapan: Boleh dihukum bunuh secara ta`zir siyasah, berdasarkan mazhab hanafi dan maliki yang mengharuskan hukuman bunuh secara ta`zir.Hukuman ini boleh dijatuhkan oleh pihak hakim keatas pesalah jika pesalah tidak dapat disabitkan dengan hukuman Hudud, apabila hukuman bunuhini difikirkan perlu dengan menjadikan Qarinah sebagai bukti dakwaan.
8. Penutup
Perlu diingatkan bahawa hukuman hudud (rejam dan sebat) tidak dapat dilaksanakan melainkan jika dakwaan sabit dengan Iqrardan Syahadah, ini disisi jumhur ulama, kerana;
• Hukuman jenayah zina adalah hak Allah SWT, jadi hukuman Hudud tergugur (tidak dilaksanakan) kerana Syubhah.Jenayah berkaitan hak Allah SWTsunat disembunyikan, (tidak didakwa di mahkamah melainkan jika jenayah tersebut tersebar dan membawa kerosakan yang lebih besar padamasyarakat, misalnya jenayah rogol).
• Antara prinsip utama perlaksanaan undang-undang jenayah dalam Islam; hukuman keatas pesalah bukanlah matlamat utama, tetapi bermatlamatkanmendidik pesalah dan hukuman hanyalah menjadi jalan untuk mencapai kesejahteraan individu dan masyarakat.
Pemerintah wajib menentukan bentuk hukuman ta`zir yang sesuai bagi menjaga kemaslahatan rakyat.
Bukan semua pendapat rajih (kuat dari segi dalil), sesuai dipraktikan dalam masyarakat secara amnya,dan sistem perundangan khasnya.
Penentuan hukum dalam bidang fatwa dan kehakiman adalah bebeza sama sekali dengan pentarjihan dalam kitab-kitab . Ini adalah kerana perubahanfatwa dan hukuman adalah dipengaruhi oleh perbezaan individu, keadaan, masa, tempat, maqasid syarak yang khas bagi sesuatu masalah furu`.
Oleh itu penentuan hukum tersebut hendaklah ditentukan oleh orang yang benar-benar Adil, berautoriti dan layak, (lajnah fatwa atau perundangansesuatu tempat misalnya) yang mengkaji dan memahami secara terperinci kesesuian dalam memilih sesuatu pendapat untuk dipraktikan.
Maka seorang hakim hendaklah menjatuhkan hukuman yang memberi maslahat (kebaikan) kepada pesalah dan mangsa bukan sahaja di dunia bahkanjuga di Akhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan