Blogger Backgrounds

Isnin, 22 Oktober 2012

RASUAH, PUNCA DAN KESANNYA


Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wanghadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut


Kesalahan Rasuah

  • Meminta / Menerima Rasuah   (Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
  • Menawar/ Memberi Rasuah  ( Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/ benda/ perkhidmatandll) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, majikan berkenaan).
  • Membuat Tuntutan Palsu (Mana-mana orang memberi kepada agen atau agen memberi kepada majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butiran palsu, yang mana prinsipal/ majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/ memperdayakan majikannya)

Punca/ Faktor Berlakunya Jenayah Rasuah
a) Kelemahan peribadi dan iman
  • Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
  • Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
  • Sikap suka berjudi dan berhutang secara boros
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. 
  • Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
  • Melambat-lambatkan urusan pejabat
  • Overgrown birokrasi
  • Terlampau banyak penurunan kuasa
c) Sosial dan budaya. 
  • Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
  • Keadaan masyarakat yang buta huruf
  • Amalan tradisi seperti pemberian angpow dan buah tangan
  • Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong
d) Kepesatan Pembangunan Sosio Ekonomi
  • Perlaksanaan projek pembangunan tanpa kawalan
  • Tekanan modenisasi untuk hidup berlumba-lumba
e) Faktor Politik.
  • Mencari kekayaan melalui politik
  • Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme

Kesan Buruk Amalan Rasuah

Negara:
  • Meninggikan kos dan saraan hidup (barang dan kos perkhimatan dinaikkan untuk menampung kos sogokan penjual)
  • Jaminan keselamatan awam terjejas (bangunan dibina tidak mengikir spesifikasi ditetapkan)
  • Mengamcam keselamatan negara, nyawa dan kesejahteraan rakyat (peningkatan kadar jenayah)
  • Ketidakadilan (jurang antara kaya dan miskin/ manfikan hak golongan tertentu)
  • Kehilangan daya saing dan hasil negara (pengaliran waang keluar negara)
  • Menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran kerajaan
  • Menjejaskan maruah diri, bangsa dan agama.
Masyarakat;
  • Menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan penafian hak golongan tertentu
  • Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah
  • Membebankan golongan susah
  • Memburukkan lagi tahap kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah diperuntukkan membantu golongan miskin telah disalahgunakan.
Individu;
  • Kehilangan pekerjaan
  • Kejatuhan moral dan maruah diri
  • Dikenakan hukuman/ buang kerja
  • Menghancurkan keharmonian rumahtangga
  • Pengabaian keluarga

KEJATUHAN EMPAYAR AKIBAT RASUAH
  1. kejatuhan Empayar Rome
  2. Keruntuhan Empayar Greek dan Parsi
  3. Kejatuhan Empayar Turki
  4. Khalifah Uthmanih
  5. Kejatuhan Dinasti Ming
  6. Kehancuran Kerajaan Melayu Melaka
Antara Langkah Pencegahan Rasuah
• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses


Inisiatif Kerajaan Dalam Memerangi Rasuah
  • Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM)
  • Pelan Integriti Malaysia (PIN)
  • Menaiktarak BPR kep[ada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
  • Menjadiakn usaha memarangi rasuah sebagai tumpuan dalam Bidang Keberjasilan Utama Negara (NKRA)
  • Menubuhkan 5 panel / lembaga dan jawatankuasa bebas untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM agar wujud ketelusan dan kebebasan
  • Memperkenalkan Integrity Pact dalam sistem perolehan kerajaan
  • Memperkenalkan e-perolehan bagi mewujudkan ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak kerajaan.
  • Mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan kes-kes rasuah.
  • Mewujudkan Unit Pematuhan di setiap agensi kerajaan berisiko.
  • Mewujudkan pengkalan data pesalah rasuah
  • Mewujudkan Undang-undang berkaitan perlindungan saksi
  • Meratifikasi United Nations Convention Against Corruption
  • Wujudnya Pemudah
  • Mewujudkan kerajaan berorientasikan ICT seperti e-tanah, e-goverment dan sebagainya.

RUMUSANNYA;
  • Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam mebanteras gejala rasuah dari terus merebak dan menular dalam kalangan masyarakat
  • Keyakinan kerajaan usaha yang berterusan memerangi rasuah akan dapat menyakinkan kepercayaan orang ramai terhadap pemerintah
  • SPRM yang berusaha keras mengambil tindakan tegas kepada pengamal rasuah tanpa mengira kedudukan telah mendapat sokongan rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan) seluruhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan