Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
1.0 PENDAHULUAN
Syariat Islam tidak
mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan
sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu
yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka..
Masyaqqah atau
kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan
berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang
melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja
amal yang berguna.
Mempermudah,
meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat
dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah)
yang diperolehi oleh seseorang mukallafadalah menjadi sebab
yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya
dengan mana-mana cara sekalipun.
2.0
DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR)المشقة تجلب التيسير( (KESUKARAN
MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)
Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud
sesuatu yang meletihkan Manakala dari sudut istilah
pula masyaqqahdigunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang
pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar
dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami
kesukaran untuk melaksanakannya.
Kaedah
ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran
membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini
bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan
dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti
asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau
keringanan dalam syariat Islam. Bahkan, ia selaras dengan kaedah
dengan lafaz kaedah :
(إن كل
مأمور يشق على العباد فعله سقط الأمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه سقط النهي
عن
Maksudnya :
“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia
membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur
suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya
menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.
Dalam konteks yang lain, ia
membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila
dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika
seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran.
3.0 DALIL-DALIL YANG BERKAITAN
DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR المشقة تجلبالتيسير
Berikut merupakan dalil-dalil atau nas-nas syarak
yang berkaitan dengan kaedah ini antaranya ialah :
i. Al-QuranBerdasarkan kepada firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
“Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”.
Firman Allah s.w.t lagi :
Maksudnya :
“Kami tidak memberatkan
seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”.
Kesimpulan
berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah Allah
s.w.t tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini, sebaliknya
mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau
mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara.
ii. Sunnah al-Nabawiyyah
Berdasarkan kepada hadis
Rasulullah s.a.w :
سئل النبي
صلى الله عليه وسلم عن أحب الأديان إلى الله، فقال : ((الحنيفة السمحة)).
Maksudnya :
“Ditanya Nabi s.a.w,
tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi (disukai) oleh Allah,
maka berkata Nabi s.a.w : Agama Nabi Ibrahim a.s (Islam) yang bertolak ansur”.
قال رسول
الله صلى الله عليه وسلم: (( يسروا ولا تعسروا)).
Maksudnya:
“Nabi s.a.w bersabda,
permudahkanlah dan jangan menyusahkan”.
Hadis
di atas menjelaskan bahawa syariat Islam adalah mudah dan ringan, ia juga
adalah sebahagian daripada tujuan syarak.
4.0
SEBAB- SEBAB KERINGANAN
Terdapat tujuh sebab
keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat, iaitu :
i. Musafir :
syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak solat
serta berbuka puasa.
ii. Sakit :
syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayammum.
iii. Paksaan :
syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur
iv. Lupa :
seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal
puasanya.
v. Kejahilan :
tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil.
vi. Kepayahan :
tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan.
vii. Kekurangan:
orang gila dan bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak.
5.0
JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK
Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd
al-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah itu ada
enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn
Nujaym, rukhsah itu ada tujuh jenis iaitu[
a) تخفيف إسقاط - keringanan dengan menggugurkan
kewajipan.
Contohnya :
i. Tidak wajib
atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.
ii. Digugurkan
daripada menyertai jihad sebab uzur.
iii. Digugurkan kewajipan
haji dan umrah disebabkan keuzuran.
b) تخفيف تنقيص - keringanan dengan mengurangkan bebanan.
Contohnya :
i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar
menjadi dua rakaat.
c) تخفيف
إبدال - keringanan dengan gantian
atau penukaran
Contohnya :
i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.
ii. Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri
kepada duduk atau baring atau isyarat.
iii. Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan
membayar fidyah.
d) تخفيف تقديم - keringanan dengan mendahulukan.
Contohnya :
i. Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
ii. Sembahyang jama’ taqdim.
e) تخفيف تاخير - keringanan dengan mengakhirkan.
Contohnya :
i. Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.
ii. Sembahyang jama’ ta’khir.
iii. Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan
terbakar.
f) تخفيف
ترخيص - keringanan mendapat rukhsah kerana
terdesak atau terpaksa.
Contohnya :
i. Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
ii. Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
g) تخفيف
تغيير - keringanan mengubah atau menukar.
Contohnya :
i. Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika
dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.
6.0 RUKHSAH
SYAR’IYYAH
Menurut ulama usul fiqh, rukhsah
syar’iyyah didefinisikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh
Allah s.w.t dengan mengambil kira keuzuran manusia. Manakala ulama dalam
kalangan mazhab Syafie mentakrifkannya sebagai hukum yang menyanggahi dalil
kerana keuzurannya. Ulama mazhab Syafie membahagikan rukhsah kepada
lima bahagian :
i.
Rukhsah wajib
Contohnya memakan bangkai ketika darurat,
berbuka puasa kerana terlalu lapar dan dahaga yang boleh membawa kepada
kebinasaan diri dan minum arak untuk memboloskan makanan yang tersekat di
kerongkong ketika tiada minuman lain. Ia wajib dilakukan bagi menjaga nyawa.[25] Hal
demikian berdasarkan firman Allah s.w.t:
“Dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan”.
ii.
Rukhsah sunat
Contohnya seperti mengqasarkan sembahyang ketika
perjalanan dan berbuka puasa kerana sakit atau dalam perjalanan (musafir).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ia merupakan sedekah yang disedekahkan
oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekahnya
iii. Rukhsah harus
Seperti akad jual salam, bai’
al-araya, akad sewaan dan sebagainya. Ia diharuska kerana keperluan.
iv.
Rukhsah
khilaf al-awla
Seperti melafazkan kekufuran ketika dipaksa
dalam keadaan hati tetap beriman dan berbuka puasa ketika dalam perjalanan bagi
orang yang tidak mengalami sebarang kesulitan. Berdasarkan firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa
hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,
(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang
dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah
suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi
kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu
mengetahui”.
v. Rukhsah makruh
Seperti mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan
yang memakan masa kurang dari tiga hari tiga malam.[31]
Namun begitu, ulama mazhab Hanafi membahagikan rukhsah kepada
empat jenis iaitu:
i.
Harus melakukan
yang haram ketika darurat dan hajat, seperti melafazkan kata-kata kufur ketika
dipaksa dalam keadaan hati tetap beriman.[32] Ini berdasarkan kepada firman Allah
s.w.t :
“Sesiapa
yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab
dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang
tenteram dengan iman”.
Juga
seperti berbuka puasa pada bulan Ramadhan, memusnahkan harta orang lain ketika
dipaksa atau sebagainya. Hukum rukhsah ini harus tetapi dalam
kes dipaksa melakukan kekufuran, mereka berpendapat bahawa beramal dengan ̒azimah lebih
utama.
ii.
Harus
meninggalkan yang wajib, seperti harus berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana
sakit atau musafir. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
Maksudnya:
“Maka sesiapa di antara kamu yang sakit,
atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain”.
iii.
Harus
melakukan akad atau urusan yang diperlukan oleh manusia walaupun pada asalnya
ia bertentangan dengan kaedah umum perundangan Islam, seperti akad jual salam dan
akad istisna’ (tempahan).[35]
iv.
Menghapuskan
hukum yang menyulitkan yang disyariatkan dalam syariat-
syariat terdahulu seperti bunuh diri untuk bertaubat dan mengoyakkan
bahagian yang terkena najis pada pakaian. Rukhsah ini adalah majazisahaja
kerana pada hakikatnya hukum tersebut tidak terpakai lagi dalam syariat Nabi
Muhammad s.a.w.
Manakala
bagi Imam al-Syatibi pula, rukhsah itu sendiri harus secara
mutlak, tidak ada rukhsah wajib atau sunat. Bagi beliau
hukum wajib makan bangkai ketika darurat, sebenarnya ̒azimah yang
sabit untuk menjaga kehidupan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
Maksudnya
:
“Dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
Firman Allah s.w.t lagi Maksudnya“ Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri’
Sebahagian
ulama berpendapat bahawa rukhsah hanya merangkumi perkara-perkara
yang tidak dinaskan keharusannya. Tetapi jika ada nas secara qat’i, rukhsah tidak
berbangkit walaupun ada masyaqqah. Pendapat ini masyhur dikalangan
pengikut mazhab Hanafi
Jika
seseorang itu terus beramal mengikut hukum asal sedangkan ada masyaqqah yang
mengharuskanrukhsah, apakah hukum perbuatan itu? Al- Zarkashi
berpendapat sah dan gugur kewajipannya jika masyaqqah itu
tidak membawa kepada kebinasaan atau dharar yang lebih
besar. Sebaliknya kalau ditakuti akan timbul dharar yang lebih
besar atau boleh membawa kepada kemusnahan, mestilah diamalkan rukhsah.
Kerana itu wajib berbuka puasa ketika sangat lapar. Sekiranya puasa diteruskan
juga ia dikira maksiat (ingkar). Menurut Imam al-Ghazali, puasa itu mungkin
tidak sah kerana ia mengingkari rukhsah tersebut. Ia boleh
disifatkan sebagai jenayah terhadap ruh yang menjadi hak Allah s.w.t.
Bagaimanapun, kata beliau ini tidak bermakna ia satu maksiat.
7.0
PEMBAHAGIAN MASYAQQAH
Menurut al-Syatibi masyaqqah terbahagi
kepada dua :
a. Masyaqqah biasa (المشقة المعتاد)
Iaitu kesulitan biasa yang
boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam
menjalankan ibadah-ibadah fardu, kesulitan mencari nafkah,
kesulitan dalam jihad menentang musuh dan seumpamanya. Kesulitan- kesulitan ini
tidak membawa kepada keringanan hukum. Kerana ia bertujuan untuk menjaga maslahah manusia
di dunia dan akhirat.[42]
b. Masyaqqah luar biasa (المشقة
غير المعتاد)
Iaitu kesulitan yang
menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusia
biasa dan membawa kepada kemudaratan, mencacatkan sistem hidup dan membantut
usaha melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Masyaqqah luar biasa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
i. Kesulitan dan kepayahan yang besar dan berat. Contohnya
kesusahan yang menimbulkan kebimbangan berlaku kemudaratan kepada diri dan
anggota badan akibat dari puasa berpanjangan dan qiamullail yang
berterusan. Masyaqaah ini mewajibkan takhfif (keringanan)
kerana menjaga diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari memudaratkannya
hingga menghalang daripada melakukan ibadah.
ii. Kesulitan yang ringan. Contohnya kesakitan yang boleh ditanggung. Masyaqqah ini
tidak diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih
utama dari menghilangkan kesulitan yang sedikit itu.
iii. Kesulitan yang pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk
kepada kesulitan itu sendiri, sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang
berat maka ia perlu diringankan. Sekiranya hampir kepadamasyaqqah yang
ringan, ia sebaliknya.
8.0
KAEDAH PECAHAN (FURU’)
Daripada kaedah asas dan
utama tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah pecahan lain yang akan
dibincangkan di sini ialah sebanyak sepuluh kaedah antaranya ialah :
1. إذا ضاق الأمر إتسع
Maksudnya : Apabila sesuatu
itu sempit, hukumnya menjadi luas.
Syeikh
Izz al-Din bin Abd al-Salam menjelaskan bahawa syariat Islam dibina atas dasar
apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit maka ia menjadi luas dan mudah.
Contohnya, sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam
perkara yang lelaki tidak mengetahuinya dan melihatnya seperti, cacat pada
anggota dan lainnya.
2. إذا إتسع
الأمر ضاق
Maksudnya : Apabila sesuatu
itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit.
Apabila
sesuatu itu atau pelaksanaannya mudah, maka hukum pelaksanaannya menjadi
sempit. Kaedah ini juga berkait rapat dengan kaedah الضرورات
تقدر بقدرها)) yang
bermaksud keadaan darurat it diharuskan menurut kadarnya.
Kaedah
ini bermaksud, sesuatu itu dibuka ruang ketika darurat dan apabila keadaan
darurat itu lenyap, maka hukum pelaksanaan kembali pada asalnya. Contohnya,
seseorang yang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan
sembahyang di awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan
syaratnya yang sempurna.
3. الضرورات
تبيح المحظورات
Maksudnya :
Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.
Kaedah
ini bermaksud keadaan kemudaratan itu membolehkan dan mengharuskan perkara yang
ditegah atau dilarang. Kaedah ini dapat
dikaitkan dengan kaedah :
يجوز في الضرورة ما لا يجوز في غيرها)) iaitu harus waktu darurat apa yang tidak diharuskan ketika
lainnya. Namun begitu, pengharusan waktu darurat itu dengan menurut kadarnya
atau tidak melebihi kadar yang diharuskan. Contohnya, harus memakan bangkai
atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan diri daripada mati
kebuluran.
Pengecualian daripada kaedah (kes pengecualian).
Berikut merupakan hukum yang terkecuali daripada
kaedah di atas, ia tidak diharuskan sama sekali melakukannya walaupun terpaksa
dan dipaksa, antaranya ialah :
i. Kekufuran
atau kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad atau kufur kepada Allah
walaupun dia diugut dan akan dibunuh. Namun begitu dia boleh hanya menzahirkan
kekufuran dan hatinya tetap beriman iaitu konsep taqiyyah. Walau
bagaimanapun, menzahirkan keimanan itu lebih utama demi menyatakan kekuatan
Islam.
ii. Membunuh.
Seseorang yang diugut atau dipaksa membunuh orang lain, ia tidak boleh
melakukannya atau melaksanakan arahan tersebut.
iii. Berzina.
Jika seseorang itu dipaksa berzina ia tidak boleh melakukannya.
4. الضرورات تقدر بقدرها
Maksudnya : Keadaan darurat ditentukan mengikut
hukumnya.
Keadaan
darurat yang diharuskan atau dibolehkan disebabkan ada kemudaratan. Kadar
kemudaratan tersebut hendaklah tidak berlebihan dan melampai batas. Hukum
harus tersebut hanyalah sekadar untuk menghilangkan
kemudaratan yang sedang menimpa, apabila kemudaratan itu hilang,
maka pengharusan terhadap apa yang didasarkan kepada kemudaratan itu hilang
juga, iaitu ia kembali kembali hukum asal.
Contohnya, memakan bangkai hanyalah diharuskan
untuk menyelamatkan diri daripada kelaparan dan mati kebuluran.
Apabila bertenaga semula, batasan yang diharuskan itu berakhir. Doktor
diharuskan melihat aurat pesakit lelaki dan wanita untuk merawat, namun pada
anggota atau bahagian sakit sahaja, tidak lebih daripada itu.
Pengecualian daripada kaedah (kes pengecuali).
Hukum furu’ yang terkecuali
daripada kaedah ini ialah :
i. Jual
beli al-’araya (العرايا) pada permulaannya ia
diharuskan untuk golongan fakir, namun selepas itu diharuskan juga untuk
golongan kaya
ii. Li’an itu asalnya
diharuskan dalam keadaan sukar mendatangkan saksi terhadap isteri yang berzina,
namun kemudian ia diharuskan dalam semua kemungkinan
5. ما جاز
لعذر بطل بزواله
Maksudnya : Apa yang diharuskan kerana uzur,
batal dengan sebab hilangnya uzur tersebut.
Sesuatu yang
dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum
asal apabila hilang keuzuran tersebut. Contohnya, tayammun menjadi
batal dengan sebab didapati atau adanya air sebelum mendirikan sembahyang. Pada
bulan Ramadhan seseorang jatuh sakit, diharuskan berbuka puasa kerana
keuzurannya itu. Namun setelah dia sembuh, maka dia wajib berpuasa.[52]
6. الحاجة
تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Maksudnya : Keperluan atau
hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum atau khusus.
Kaedah
ini bermaksud, keringanan itu tidak hanya terbatas untuk perkara darurat
sahaja, namun ia juga terdapat pada perkara hajiyyat atau
keperluan. Dengan erti kata lain, keringanan itu dibolehkan pada perkarahajiyyat sebagaimana
ia dibolehkan pada perkara darurat. Contohnya, seseorang lelaki diharuskan
memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit dan lainnya, namun dalam
keadaan biasa diharamkan. Selain itu, diharuskan melihat bakal isteri untuk
tujuan perkahwinan
7. الإضصطرار
لا يبطل حق الغير
Maksudnya : Keadaan
terdesak tidak membatalkan hak orang lain.
Kaedah
ini membawa maksud, keperluan di waktu terdesak tidak dapat membatalkan hak
milik orang lain sepenuhnya. Ia samada desakan disebabkan perkara samawi seperti
lapar atau bukan disebabkan perkarasamawi seperti dipaksa.
Contohnya, apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah
tamat, sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya,
tambahan pula, bayi tersebut belum dapat makan atau menerima makanan lain, maka
ibu susu tersebut boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut, ini adalah
untuk menjaga kepentingan bayi. Ibu susu tersebut hendaklah dibayar upah
dengan kadar yang setimpal. [54]
Selain
itu, sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat namun tanamannya masih
belum dapat dituai disebabkan belum masak. Sewaan dikira berterusan sampai ia
dapat dituai, dengan kadar tambahan sewaan sepatutnya. Hal demikian kerana
desakan dan tekanan penyewa untuk mengekalkan tanamannya hingga masak dan dapat
dituai tetap tidak membatalkan hak milik tuan tanah.[55]
8. الحكم
يتبع المصلحة الراجحة
Maksudnya : Hukum itu
mengikut kemaslahatan yang kukuh.
Kaedah
ini banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan
sebagainya. Walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian daripada
perbuatan tersebut, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat kemaslahatan
yang kuat dan rajih. Lantaran itulah syarak menyuruh melaksanakan.
Contohnya, keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan
kematian dan kerosakan, namun natijahnya adalah amat baik dan jelas. Iaitu
mempertahankan diri, agama dan menyebaran agama Islam. Hasil jihad, Islam
tersebar ke pelusuk dunia.
9. الحكم
يدور مع علته
Maksudnya : Hukum itu
berkisar bersama illahnya atau sebabnya.
Kaedah
ini bermaksud sesuatu hukum itu atau hukum yang ada itu disebabkan ada illahnya
atau sebabnya.Lantaran itu sekiranya illah itu hilang, maka tidak
berlakulah hukum tersebut. Contohnya, diharamkan arak disebabkan illahnya
yang memabukkan, apabila illahnya hilang atau tidak ada lagi, waktu
itu ia tidak diharamkan, seperti arak tersebut telah bertukar menjadi cuka.
Selain itu,
sesuatu itu apabila ia mengandungi racun, apabila ia merosakkan maka ia
diharamkan, namun apabila tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat,
diharuskan. Antara contoh lain lagi, jus anggur atau nira itu apabila ia
bertukar menjadi arak hilanglah kesuciannya.
10. ينزل المجهول منزلة المعدوم
Maksudnya : Kedudukan perkara yang tidak
diketahui itu sama dengan keddukan yang tidak ada.
Kaedah ini
dibawa oleh Ibn Rajib al- Hanbali dalam kitab Taqrir al-Qawaid wa
Tahrir al-Fawaid. Ia bermaksud apa yang tidak
diketahui atau majhul kedudukan serta tarafnya sama
dengan taraf apa yang tidak ada. Contohnya, barang temuan atau harta yang ditemui
tercicir selepas tempoh haul atau masanya, ia menjadi milik
orang yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui pemilik. Apa-apa yang
tidak dapat dimiliki daripada barangan temuan pula, hendaklah disedekahkan bagi
pihak pemilik, menurut pendapat yang tepat.
Hal demikian, berdasarkan kepada sabda Baginda
s.a.w daripada ’Iyad bin Himar :
(( فإن جاء صاحبها فأدها اليه، وان لا فهي
مال الله يؤتيه من يشاء)).
Maksudnya :
‟Apabila datang pemiliknya, dialah yang lebih berhak. Sekiranya
tidak, ia adalah harta Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang Ia kehendaki”
minta share yer ilmu qawaid ni .. sangat membantu saya.. terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu ini :D
BalasPadam