Blogger Backgrounds

Sabtu, 14 Disember 2013

Kaedah Kedua : Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan dengan Keraguan

KAEDAH KEDUA      : KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN
- اليقـين لآ يـزال بالشـــك
      Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak ke atasnya – tetapi boleh hilang dengan keyakinan juga.
      Sesuatu yang telah sabit dengan keyakinan, tetapi timbul syak adanya sesuatu yang boleh mnghilangkannya -keyakinan itulah yg diambil kira.
      Prinsip yakin tidak boleh ditinggalkan hanya semata -mata syak / keraguan

1. 2. 2  : Dalil Kaedah
قـولــه تـعــالي
ومــا يتبع أكـشــرهم الا ظـنـا, ان الظـن لأ يـغنـي من الحـق شـي
ســبدا رســول اللـــه:
ادا وجــد أحــدكـم فـي بـطنـه شـيْا فـأشــكـل عـليــه أخــرج مـنه شــئ أم لأ فــلأ يـخـرجـن مـن المســجد حـتي يســـمـع صــوتـا أو يـجـد ريـحـــا


1.2.3   : KAEDAH TERBITAN / SAMPINGAN
1.         Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Sebagaimana Asalnya
                        الأصــل بـقــأ مــا كـان عـلـي مـا كـان ) )
Maksud           : Sesuatu perkara perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan keadaannya sehinggalah terdapat perubahan hukumnya.
Contoh hokum dalam kaedah ini;
  1. Sesiapa yang yakin bersuci dan syak berlakunya hadas, dia dianggap masih lagi berwudhu’ dan sebaliknya.
  2. Seseorang yang makan di akhir malam dan kemudian syak tentang naik fajar- Puasanya  sah kerana asalnya malam itu kekal.
  3. Wanita yang beriddah mendakwa masa sucinya masih berlanjutan dan belum selesai iddah- maka diterima/ dibenar dakwaannya itu dan dia masih berhak mendapat nafkah iddah
2.         Asalnya Seseorang Itu Terlepas Daripada Tanggungjawab
                                                                
الأصــل بـرأة الـدمــة))
      Asal seseorang yang dilahirkan tidak ada  tanggungjawab.
      Situasi begini akan berterusan sehingga adanya sebab yang membawa kepada ada tanggungjawab / bebanan tersebut
      Asal terlepas bebanan / taklif syarak dan terikat dengan tanggungjawab adalah perkara  yang mendatang (baru)
Contoh hokum
  1. Apabil Pendakwa gagal mengemukakan keterangan, maka sumpah akan diminta dari orang yang kena dakwa (OKT) - Jika enggan,  dia TIDAK BOLEH DIHUKUM berdasarkan keengganannya kerana asalnya dia bebas dari tanggungjawab.-  Sumpah akan dikenakan ke atas Orang Yang Mendakwa.
  2. Seseorang yang mendakwa orang lain berhutang dengannya, mesti dibuktikan dakwaannya itu jika Orang Kena Dakwa menafikannya, kerana berpegang kepada asal kaedah.

4.         Asal Sesuatu Perkara Yang Baru Muncul Tidak Ada
                                                     
الأصــل العــدم ))
      Tiada/ tidak ada mendahului ada / wujud
      Sesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya tidak wujud / tiada (diragui)
      Asal itu tiada dikembalikan/dikekalkan sehinggalah sabit ada perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal tersebut. 
Contoh Hukum
  1. Seseorang yang menggunakan harta orang lain mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi TUAN PUNYA menafikannya. HUKUM: Penafian tuan punya  diterima kerana asal harta  tiada keizinan dan harta orang adalah haram
  2. Isteri mendakwa berlaku hubungan kelamin dengan suaminya, tetapi dinafikan oleh suami, maka diterima/ dibenarkan perkataan suami, kerana pada asalnya belum berlaku hubungan suami
  3. Seorang pemodal mendakwa terdapat keuntungan dari usaha pengusaha, tetapi dinafikan oleh pengusaha, HUKUMNYA, penafian pengusaha itu hendaklah disertai dengan bersumpah.  Ini kerana keuntungan adalah merupakan perkara baru yang asalnya tidak ada
  4. Seorang isteri yang telah lama berkahwin dengan suaminya mendakwa bahawa suaminya tidak memberinya nafkah, maka HUKUMNYA dakwaan isteri akan diambil kira kerana nafkah merupakan tanggungjawab suami menunaikannya

5.         Asal Sesuatu Perkara Yang Baru Berlaku Dikira Masa Yang Paling Hampir
                                               
الأصــل فـي كـل حـادث تقـديـره بـأقـرب الـزمـن) )
Untuk menetapkan hukum terhadap sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling hampir dengan situasi yang berlaku.
            Terluput sesuatu perkara/ keadaan akan menyebabkan sesuatu hukum itu tidak terlaksana. atau tidak diambil kira

Contoh Hukum / Kaedah
1.         Seseorang  berwudhu’ dari sebekas air buat beberapa hari, kemudian solat.  Pada suatu hari didapati ada najis tikus dalam bekas tersebut.
HUKUM           :Tidak wajib qadha’ sembahyangnya  yang dalam beberapa hari tersebut,                                      KECUALI solat yang benar-benar  diyakininya dari air yang bernajis itu.
2.         Seseorang telah memukul perut wanita yang mengandung. Lalu perempuan tersebut melahirkan anaknya dalam keadaan sihat disebabkan jenayah itu dan hidup untuk beberapa hari , kemudian mati
Hukumnya       : Penjenayah itu tidak diwajibkan  membayar diyat kerana pada  dzahirnya bayi tersebut mati disebabkan oleh faktor yang lain.
3.         Seseorang yang melihat najis pada pakaiannya sedangkan dia telah solat beberapa waktu dengan kain tersebut sedangkan dia tidak mengetahui bila kainnya terkena najis,
Hukum             : Hendaklah dia mengulangi  solatnya dari hadas terakhir yang  dia berhadas. Solat sebelum  hadas  terakhir tidak perlu diqadha’kan.

6.         Asal Sesuatu Kalam/ Perkataan  Itu Dikira Maksudnya Yang Hakiki
                                        الأصــل فـي الكــلأم الحقـيقـــة))
Maksudnya sesuatu perkataan yang digunakan dalam percakapan itu hendaklah dilihat / ditafsir  mengikut  maknanya yang hakiki atau makna sebenar bukan kepada maksud yang lain
Contoh Hukum / Kaedah

  1. Seseorang yang mewakafkan hartanya untuk anaknya atau Walad, maka ia membawa maksud anak yang sebenar dan tidak termasuk cucu atau cicit. Ini kerana makna WALAD adalah anak shaja
  2. Jika seseorang bersumpah tidak akan membeli, selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli bagi pihaknya, maka hukumnya dia tidak diwajibkan membayar kaffarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan