Blogger Backgrounds

Sabtu, 14 Disember 2013

Sadd al-Dhari'ah

2.8    : SADD AL-DHARI’AH


2.8.1      : Maksud Sadd al-Dhari’ah

Sadd  : Sesuatu yang boleh menyekat, menghalang, menutup, membendung dan suatu empangan.
Al-dharicah  ditafsirkan sebagai suatu jalan yang membawa kepada maslahah yang dibenarkan syarak dan juga yang membawa kepada mafsadah serta perkara yang menjadi larangan oleh syarak

Add al-dharaic pula ialah mengelak daripada melakukan sebarang cara yang boleh membawa kepada kerosakan

Istilah:
          Mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa ke arah kerosakan dan bahaya.
          Con     : Melihat aurat wanita ajnabi –laluan kepada zina

          al-Qurtubi :  Sadd al-dharaic          : Perkara yang pada asalnya tidak ditegah untuk dilakukan, namun sekiranya ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada kerosakan, maka ia ditegah daripada melakukannya

2. 8. 2      : PERBEZAAN AL-DHARI’AH DENGAN MUQADDIMAH

-          Al-Dhari’ah:
Jalan kepada sesuatu maksud atau tujuan tertentu.
Con        : Tangga untuk naik ke bangunan

-          Muqaddimah:
Sesuatu perbuatan yang menjadi sbahagian daripada cara/ rangkaian sesuatu perbuatan tersebut.
Con       : Pergaulan bebas merupakan permulaan kepada perbuatan zina



2. 8. 3       : PERBEZAAN MAQASID DAN WASAIL

-          Maqasid:
Matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. (Maksudnya ialah tujuan atau matlamat yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum)
                    Con      : Puasa dan berhari raya

-          Wasa’il:
Penghubung kepada pencapaian sesuatu matlamat samada mencapai maslahah atau mafsadah.
                    Con      : Melihat anak bulan



2.8.4     : BAHAGIAN SADD AL-DHARI’AH

             I.    Perbuatan yang pasti akan mendatangkan kerosakan atau mafsadah
Iaitu perbuatan yang harus dilakukan boleh mendatangkan kerosakan yang sememangnya ditegah dari sudut zatnya.

Con   :Menggali perigi di hadapan pintu rumah pada waktu malam  akan mengakibatkan orang yang masuk ke dalam rumah tersebut akan terjatuh ke dalam perigi.
-          Perbuatan ini  adalah dilarang dan akan dikenakan ke atasnya ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan sama ada kerana kecuaiannya atau memang ada tujuan untuk mengenakan kemudaratan itu

-          Sepakat para ulamak mengatakan bahawa perbuatan itu ditegah. Ini kerana kerosakan yang akan berlaku hasil daripada perbuatan tersebut adalah suatu yang pasti. (sesuatu yang dijangka)


             ii.   Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah.
Perbuatan yang pada asalnya harus tetapi mendatangkan mafsadah yang lebih kecil atau kebiasaannya tidak membawa ke arah kemaksiatan.
Con: menggali perigi di tempat yang jarang dilalui biasanya tidak akan menyebabkan orang terjatuh ke dalamnya. Perbuatan seperti ini kekal berada dalam perbuatan yang diharuskan berdasarkan hukum asal berupa keizinan am daripada syarak.

-          Manfaat yang diperolehi daripada perbuatan itu lebih besar daripada kemudaratan yang mungkin terjadi sebagai akibat sampingannya, dan kemudaratan yang kecil tidak dikira di sisi syarak.

-          Para ulama bersepakat bahawa ia tidak tergolong dalam kategori al-dharicah merosakkan. Justeru ia diharuskan kerana masih berada dalam batasan yang diizinkan oleh syarak

             iii.  Perbuatan yang kebiasaannya akan membawa kepada mafsadah
Sesuatu perbuatan yang diharuskan pada asalnya, tetapi ia boleh mendatangkan kerosakan samaada ia digunakan untuk mencapai perkara yang haram, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
 Con   :Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan  tetapi bertujuan untuk membolehkan isteri tersebut berkahwin semula dengan suaminya yang pertama

Para ulama bersepakat bahawa perbuatan tersebut ditegah dan tergolong dlm al-dharicah yang merosakkan


              iv.  Perbuatan yang seringkali membawa kepada mafsadah
Perbuatan yang seringkali membawa kerosakan atau mafsadah, namun begitu ia tidak mencapai kedudukan yang majoriti atau banyak.
                                        
 Dalam erti kata lain, sekiranya perbuatan tersebut diteruskan, kemungkinan akan berlakunya kerosakan yang lebih besar.
Contohnyabay’ al-‘inah (jual beli secara bertangguh) iaitu membeli suatu barang dengan harga bertangguh dan menjual balik kepada penjualnya dengan harga yang berlainan. Ianya membawa kepada riba walaupun bukan suatu yang ghalib

-          Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafici,: Mereka berpegang kepada hukum asal, kerana itu mereka tidak membatalkan akad tasarruf tersebut, kemungkinan berlaku mafsadah di sini tetapi tidak mencapai kepada peringkat yang meyakinkan dan tidak juga kepada sangkaan yang kuat (zanniyy) kerana kemungkinan berlaku kerosakan atau bukan semata-mata andaian.

-          Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad:    
                    Mereka menetapkan bahawa perbuatan itu adalah haram dan akadnya batal

Atau

Menurut Al-Qarafi, al-dharai’ dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1)  Secara ijmak ulama bersepakat bahawa ia adalah dilarang
      Con
            a) Menggali lubang pada laluan orang muslimin, adalah satu cara yang membawa     kepada                                    kebinasaan
           b) Mencaci maki berhala orang kafir kerana boleh menyebabkan dan khuatir mereka       mencela Allah S.W.T.
                                         Kesan dari larangan ini…………………………


2)  Al-dharai’ yang tidak diambil kira tanpa perselisihan.
Contoh :
       a) Menanam pokok anggur, penanamannya dilarang kerana dibimbangi dijadikan arak.

3)  Al-dharai’ masih diperselisihkan oleh para ulama sama ada diharuskan dan diharamkan.
Contoh:
      a) Jual beli secara bertangguh ( al-ajil )


Imam Shatibi     : Membahagikan Sadd al-Dhara’I dari segi akibat kemudaratan sesuatu perbuatan itu kepada 4 bahagian:

1 )  Perbuatan yang pasti mendatangkan kerosakan ( mafsadah ).
       Contoh : Menggali perigi di hadapan pintu rumah pada waktu malam yang akan    mengakibatkan orang yang masuk ke dalam rumah tersebut pasti akan terjatuh ke dalam perigi tersebut.
-          Perbuatan ini  adalah dilarang dan dikenakan ke atasnya ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan sama ada kerana kecuaiannya atau memang ada tujuan untuk mengenakan kemudaratan itu

2)  Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah.
      Contoh : Menggali perigi di tempat yang biasanya tidak akan menyebabkan orang    terjatuh ke dalamnya. Perbuatan seperti ini kekal berada dalam perbuatan yang diharuskan berdasarkan hukum asal berupa keizinan am daripada syara’.

-          Manfaat yang diperolehi daripada perbuatan itu lebih besar daripada kemudaratan yang mungkin terjadi sebagai akibat sampingannya, dan kemudaratan yang kecil tidak dikira di sisi syara


3) Perbuatan yang mempunyai tanggapan ( zanniyy ) yang kuat akan mendatangkan mafsadah.
    Contoh : Menjual buah anggur kepada pembuat arak.

-          Dalam hal ini, sangkaan ( zanniyy ) yang kuat disamakan dengan yakin kerana itu penjualan seperti ini diharamkan (di sisi al- Malikiyah dan al-Hanabilah ) kerana sangkaan yang kuat dalam hukum dikira seperti yakin dan mengharuskan muamalat seperti ini bererti tolong-menolong dalam melakkan perbuatan dosa dan maksiat.

4) Perbuatan yang banyak mendatangkan mafsadah namun tidak mencapai peringkat yang ghalib dan tidak juga jarang berlaku.
        Contoh     :Bai’ al-‘Inah ( jual beli secara bertangguh ) membeli suatu barang dengan harga bertangguh dan menjual balik barang tersebut kepada penjualnya dengan harga yang berlainan. Ianya membawa kepada riba walaupun bukan suatu yang ghalib.

Para ulama berselisih pendapat mengenai bahagian ini

a) Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie:  Berpegang kepada hukum asal, kerana itu mereka tidak membatalkan akad tasarruf tersebut, kemungkinan berlaku mafsadah, tetapi tidak mencapai ke peringkat yang meyakinkan dan tidak juga kepada sangkaan yang kuat (zanniyy ) kerana kemungkinan berlaku kerosakan atau bukan semata-mata andaian ( ihtimal ) dan tiada bukti ( qarinah ) yang menunjukkan salah satu daripada dua andaian itu yang lebih dominan.

b) Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakn bahawa perbuatan itu adalah haram dan akadnya batal.
- Dalam  ihtiyat, riba sering berlaku dalam jual beli ini walaupun tidak bertujuan sedemikian. Oleh itu, wajib ihtiyat dengan mendahulukan mafsadah dalam pelaksanaannya,



Ibn Qayyim :   Terbahagi kepada empat bahagian

1)    Meletakkan al-dharai’ yang pasti mendatangkan mafsadah
        Contoh:                   
             a)   Meminum minuman yang memabukkan yang boleh merosakkan akal.
             b)   Zina yang membawa kepada percampuran nasab/keturunan &merosakkan institusi
                   kekeluargaan

2)   Jalan yang membawa kepada harus, tapi niat membawa kepada keburukan.
       Contoh:
             a)  Menghalalkan cina buta.


3)  Jalan yang membawa kepada keharusan tapi tidak bermaksud kepada kerosakan dan biasanya ia membawa kepada kerosakan.

Contoh:
           Mencela Tuhan orang musyrikin adalah harus tetapi perbuatan itu akan membawa kepada kerosakan kerana perbuatan itu menjadi sebab mereka akan membalas dengan memaki-maki Allah S.W.T


4)   Jalan yang membawa kepada keharusan tetapi kadang-kadang membawa kepada kerosakan.
        Ini bermaksud maslahahnya lebih kuat daripada mafsadah. Ini harus dalam syariat kerana memenuhi hajat atau darurat mengikut masa dan keadaan.
Contoh     : Melihat tunangan untuk lebih mengenalinya.

Ulama bersepakat tentang kemudaratan yang diharuskan kerana mempunyai kemaslahatan.
Con:                                   
-          Harus bagi orang Islam memberikan harta kepada kerajaan kafir bagi menolak sesuatu yg buruk berlaku, sekiranya jumlah muslimin yang ada tidak mampu untuk menjaga negara.
-          Gambaran ini dianggap memberikan harta adalah sesuatu yang tidak baik tetapi dibolehkan untuk menjaga kemaslahatan yang lebih besar dan ini dikira darurat.

-          Diharuskan bagi orang Islam memberi harta kpd  musuh untuk menyelamatkan tawanan orang Islam.                       
-          Pada asalnya adalah haram kerana dapat memberi kemudaratan ke atas jemaah muslimin, namun, diharuskan untuk menolak kemudaratan yang lebih besar untuk menguatkan jemaah Islam dengannya.



2. 8. 4      : KEHUJAHAN SADD AL-DHARA’I

Mazhab Maliki dan Hanbali menggunakan sadd al-dhara’I secara meluas dalam perlaksanaannya.
-          Mengikut pendapat mereka setiap perbuatan yang harus, tetapi ianya membawa keburukan (mafsadah) ianya adalah dilarang.
-          Perbuatan yang menjadi perantara, dihukum sama dengan perbuatan yang menjadi sasarannya. Jika perbuatan itu mengarah kepada perbuatan buruk, menjadi terlarang

Mazhab Syafie dan Zahiri berpendapat, perbuatan yang harus itu tidak dilarang.
-          Mereka melihat kepada keharusannya tanpa melihat kepada natijah, sebagai menguatkan keizinan syarak yang umum dalam perkara-perkara yang boleh diandaikan (muhtamal)
-          mendatangkan kemudaratan

Hujah Golongan yang menerima sadd al-dhara’I sebagai sumber hukum  berdasarkan hujah:

  1. Al-Quran              - Surah al-Baqarah : 104
    _                                   - Surah al-An’am    : 108
1.     Hadis Nabi
      ان الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشبهات لا يعلمها كثير من الناس , فمن اتقى الشبهات استبرأ
      لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يواقع


Manakala Imam Malik dan lain-lain beramal dengan perkara ini kerana perbuatan ini ternyata melalaikan, dan ini menunjukkan qasad itu dilarang

Ibn Hazm    :Menolak dalil al-dharai’. Beliau berkata  tiada pengharaman kecuali berdasarkan dalil yang meyakinkan.
-          Halal dan haram tidak boleh ditetapkan dengan syak wasangka, maka sesiapa yang mengharamkan al-dharai’, ia telah mengharamkan dengan berdasarkan syak wasangka,

-          Ibn Hazm membuat ulasan beliau dengan berkata, “ Apabila diharamkan sesuatu yang halal kerana takut membawa kepada yang haram, maka orang lelaki dikasi kerana takut berzina, manusia dibunuh kerana takut menjadi kufur. Secara umumnya, mazhab ini adalah mazhab yang paling fasik di muka bumi




2. 8. 5      : APLIKASI SADD AL-DHARA’I TERHADAP PERSOALAN SEMASA


·         TUNTUTAN BALU BERKABUNG

-          Perempuan yang kematian suami adalah wajib berkabung dengan menghindarkan diri daripada melakukan sebarang tegahan di sepanjang tempoh iddahnya seperti berhias dengan pakaian yang menarik perhatian, berwangi-wangian, bercelak mata, berinai dan sebagainya menurut apa yang  digariskan oleh syarak.

-          Perbuatan berhias atau bersolek boleh menarik perhatian lelaki bahkan boleh membuatkan lelaki tergoda.  Ia ditegah oleh Islam bagi mengelak berlakunya perkara  buruk demi menjaga kesucian syariat Allah s.w.t.

-          Berkabung adalah sebagai ganti diri suami yang telah tiada untuk megawal dan mengawas isterinya yang ditinggalkannya dalam tempoh waktu yang tertentu


·         LARANGAN ZAHIRKAN SOLAT BERJEMAAH ORANG YANG MENGALAMI KEUZURAN SOLAT JUMAAT

-          Hukumnya MAKRUH   - bertujuan mengelak fitnah dan membendung kemudharatan.
-          Tujuannya ditakuti / dibimbangi menyerupai solat Jumaat pada hari tersebut.


·         PEMBELIAN BUAH YANG SEDANG BERPUTIK DI POKOK

-          HARAM DAN TIDAK SAH
-          Terdapat unsur gharar @ tidak jelas dalam jual beli dan berkemungkinan terjerumus dalam penipuan.
-          Jual beli tersebut juga tidak ada manfaat (masih muda)

-          HARUS      :  Jika belum masak tetapi telah dipetik dan bermanfaat



·         LARANGAN BERBUKA PUASA KERANA UZUR DI KHALAYAK RAMAI

-          WAJIB menghormati bulan Ramadhan dan wajib membendung unsur-unsur FITNAH.
-          Dilarang dan dikira tidak menghormati kesucian agama Islam / unsur menghina Islam



·         LARANGAN MENJATUHKAN HUKUMAN BERDASARKAN PENGETAHUAN HAKIM

-          Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah,:  Tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan pengetahuan hakim.
-          Hukuman perlu dijatuhkan berdasarkan bukti dan keterangan yang jelas bukan berdasarkan ilmu dan pengetahuan hakim.

      TUJUAN
-          Untuk mengelak berlakunya kezaliman

-          Dalam masalah yang tidak ada nas, hakim dibolehkan berijtihad dan beramal dengan ijtihadnya

1 ulasan: