Blogger Backgrounds

Sabtu, 14 Disember 2013

Kemudharatan Dihilangkan

KAEDAH KETIGA            : KEMUDHARATAN DIHILANGKAN
الضــرر يـزال ) )

Maksud Kaedah    :Kemudharatan hendaklah dihilangkan atau dihindarkan
      Sesuatu perkara yg boleh mendatangkan bahaya atau kemudharatan mestilah dihapuskan.
      Perkara yang mendatangkan bahaya itu mestilah dihilangkan
      Sesuatu yang membawa kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan
Contoh: Pembeli boleh mengembalikan semula barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan

3.2      : Sumber Kaedah
Hadis Nabi S.A.W:                  لأ ضــرر ولأ ضــرار ))

3.3      : Kaedah Terbitan
1.         Dharurat Mengharuskan Yang Dilarang/ditegah     الضـرورات تبيــح المحــظورات ))

Maksudnya:
      Sesuatu perkara yang dilarang oleh syara’ boleh bertukar menjadi harus ketika dharurat.
      Keharusan yang diberikan kerana dharurat adalah dinamakan rukhsah
      Rukhsah akan hilang apabila hilangnya dharurat tersebut (kembali kepada hukum asal)

Contoh:
  1. Diharuskan melafazkan kalimah kufur kerana paksaan disamping hatinya kekal beriman
  2. Harus makan bangkai dan arak ketika dharurat
  3. Harus menggali kubur untuk mengeluarkan mayat yang dikebumikan tanpa dimandi dan dikafankan
  4. Harus melihat aurat kerana dharurat ketika keperluan perubatan
  5. Harus memandang wanita untuk tujuan dipinang, mengajar, muamalat dan perubatan

2.         Sesuatu Yang Diharuskan Ketika Dharurat Adalah Mengikut Kadarnya
 الضــرورة تقـدر بقــدرهـــا )                                                          )

  1. Keharusan melakukan perkara dilarang ketika dharurat adalah bertujuan menolak mudharat pada waktu itu sahaja
  2. Keharusan kerana dharurat samada dibuat atau tidak adalah sekadar yang boleh menolak kemudharatan sahaja.
  3. Keharusan tersebut tidak boleh melebihi had keharusannya

Contoh

  1. Keharusan seorang doktor melihat aurat wanita dibataskan pada tempat yang sakit sahaja.
  2. Wanita tidak harus mendapatkan rawatan dari doktor lelaki sekiranya ada doktor wanita yang boleh merawatnya.
  3. Seorang yang diminta pendapatnya tentang peribadi seseorang yang dipinang memadai dengan sekadar sindiran sahaja.
  4. Seorang gila hanya boleh dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja (Sekadar memenuhi tuntutannya)


3.         Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan Lain
 الضــرر لأ يـزال بالضـــرر )                                                   )
      Kemudharatan boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan
      Tidak boleh hilangkan kemudharatan dengan membawa kemudharatan yang sama atau yang lebih memudharatkan.
      Kemudharatan yang sama atau lebih berat adalah kemudharatan yang baru diwujudkan
Contoh:
  1. Nafkah tidak diwajibkan keatas keluarga yang fakir untuk keluarga yang fakir juga, kerana menolak kemudharatan si fakir yang pertama akan menimbulkan kemudharan yang sama dengan keluarganya.
  2. Seseorang yang dipaksa membunuh orang lain, tidak halal baginya melakukan paksaan tersebut, kerana pembunuhan itu akan menimbulkan kemudharan yang sama atau lebih besar darinya.

4.         Menolak Kerosakan Lebih Didahulukan Dari Mengambil Kebaikan
 درء المـفــاســد مقـدم عـلــي جـلب المـصــالح )                                     )
      Apabila bertembung keburukan dengan kebaikan, hendaklah didahulukan menolak keburukan, kerana penekanan syara’ terhadap  perkara larangan adalah melebihi daripada perkara yang diperintahkanNya
Contoh;
  1. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ adalah SUNAT, tetapi MAKRUH bagi orang yang berpuasa, kerana menjaga kesohihan puasa adalah lebih diutamakan daripadd mafsadah berkumur ketika berwudhu’
  2. Harus berdusta, apabila ianya mendatangkan kebaikan, seperti berdusta bertujuan untuk mendamaikan 2 orang yang berkelahi/ berdusta dengan isteri bertujuan untuk mendamaikannya.
  3. Menyelati rambut dan bulu dengan jari ketika berwudhu’ tetapi makruh ketika dalam Ihram untuk menjaga maslahat daripada dikenakan dam

5.         Hajat/Keperluan Menepati Seperti Dharurat ( الحــاجــة تنــزل منـزلــة الضــرورة )       
Kemudahan /keringanan syarak yang dikecualikan tidaklah hanya terbatas dalam keadaan dharurat yang mendesak sahaja, SEDANGKAN hajat atau keperluan yang kurang martabatnya dari dharurat juga membolehkan mengambil kemudahan yang dikecualikan itu.
Contoh:
  1. Diharuskan akad jualbeli seperti salam, istisna’ dan ijarah kerana terdapat nas syara’ yang mengharuskannya sebagai pengecualian dari kaedah umum
  2. Harus diterjemahkan al-Quran ke dalam mana2 bahasa bukan arab kerana keperluan manusia mengetahui hukum Islam yang universal, kerana tidak semua orang boleh menguasai bahasa arab
Uruf boleh dijadikan sumber hukum , kerana uruf manusia selari dengan kepentingan / hajat mereka selagi tidak bertentang dengan syara

1 ulasan:

  1. pemilihan warna tulisan yang tidak tepat. sukar untuk membaca. Sangat rugi. Semoga dibaiki

    BalasPadam