Blogger Backgrounds

Sabtu, 14 Disember 2013

Kaedah Pertama : Al-Umur Bi Maqasidiha

KAEDAH PERTAMA      : AL-UMUR BI MAQASIDIHA

1.1       : Maksud Kaedah       : Setiap perkara dikira mengikut tujuanya atau setiap perkara dikira berdasarkan niat
      Amalan atau tindakan mukallaf bergantung kepada niatnya.
      Niat sebagai penentu samada amalan itu menjadi ibadat atau sebaliknya
      Niat menjadi pengukur kepada pahala atau dosa
Con:    Seseorang yang memberi duit kepada orang lain. Pemberian tersebut dikira mengikut niatnya samada sedekah, zakat atau hutang

1.2       : Dalil/ Sumber Kaedah
Hadis Nabi:
انمــا الأعمـــال بالنيــات, و انمــا لكــل امــرئ مــا نوي                                                                 
1.3       : Masa Niat:

            - Di permulaan melakukan sesuatu perkara
1.4       : TUJUAN NIAT/ KEPENTINGAN NIAT
  1. Membezakan amalan ibadat dengan amalan adat
  2. Membezakan tingkatan atau tahap sesuatu ibadat itu
  3. Menentukan sah atau tidaknya sesuatu amalan yang dilakukan

1.5       : AMALAN YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT
      Membaca al-Quran dan berzikir
      Melakukan perkara-perkara kebaikan
      Meninggalkan perkara-perkara keji dan sifat-sifat mazmumah

1.6       : SYARAT NIAT
  1. Islam
  2. Baligh dan berakal

1.7      : KAEDAH TERBITAN/ SAMPINGAN
1.         Amalan Fardhu Tidak Akan Berlaku Dengan Niat Sunat
( الفــرض لأ يتـعـدي بـالنيـــة النـفـل )
2.         Niat dalam sumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus
(  النـيــة فــي اليمــين تخصــص اللفـــط العـــام ولا تعــم الخــاص
Con     : Demi Allah aku tidak akan bercakap dengan seseorangpun dengan niat Umar, maka tidak dikira melanggar sumpah, jika dia bercakap dengan orang lain.
3.         Tujuan dan matlamat sesuatu lafaz adalah dikira berdasarkan niat orang yang mengucapkannya
مـقــــاصـــد اللفـــط عـــلي نيـــة اللآفط
      Perkataan/ ucapan diperlukan dalam sesuatu urusan, supaya niat itu dikira sah oleh syarak
Con     : Aqad jual beli yang berunsur riba dan akad perkahwinan dengan tujuan untuk bertahlil, kerana ia atas dasar tidak diterima oleh syarak       
            - Aqad ini adalah salah dan haram oleh Islam

4.         Amalan-amalan yang disyariatkan ta’yin, jika tersalah ta’yin, maka terbatallah amalan tersebut, 
مـــا يشـــترط فيـــهــا التعيـين فــالخطـــأ مبــطــل
Con     :Tersalah niat waktu solat atau puasa, maka terbatallah amalan tersebut

5.         Yang diambilkira dalam masalah aqad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan lafaz dan kalimahnya  .
العـبرة فـي الـعــقود للمقــاســد والمعــاني لأ للألفـــاظ والمعـــانـي

Con     :Hibah apabila disyaratkan bayaran, maka aqad tersebut dikira sebagai jualbeli, bukan hibah

4 ulasan: